5 Homestay Bawah RM100 di Kampung Morten, Melaka!

TRAVEL
May 12, 2023 - 06:49 PM


Jika bercuti ke Melaka dan anda dah bosan menginap di hotel-hotel mewah atau resort -- anda mungkin boleh bertukar angin dengan merasai pula pengalaman bermalam di hometstay berkonsepkan ala kampung, atau tradisional Melayu.

Lokasi yang tepat untuk menikmati suasana percutian desa seperti itu di Melaka pastinya anda perlu ke Kampung Morten.

Ini kerana di Kampung Morten terletaknya deretan rumah-rumah tradisional Melayu berusia lebih 100 tahun dan menghadap Sungai Melaka yang boleh anda pilih sebagai port percutian menarik.

Di sini min senaraikan 5 homestay terbaik yang ada di Kampung Morten dan harganya pula adalah di bawah RM100 semalam so selamatlah poket anda dari rabak lagi-lagi bila bercuti selepas Hari Raya.

Lagi best, bercuti di homestay Kampung Morten ni korang nak enjoy Melaka River Cruise pun senang sebab korang hanya perlu berjalan kaki tak sampai 5 minit sahaja dah boleh menelusuri Sungai Melaka menaiki bot.

Jom kita tengok senarai homestay di bawah RM100 yang ada di Kampung Morten, Melaka :-

1. Hasya Hasif Kampung Stay

Homestay ni memang min sangat recommend sebab di sini sediakan bilik untuk individu dan juga bilik untuk keluarga yang cukup selesa jika datang beramai-ramai.

Setiap bilik disediakan dengan aircond, wifi, iron, tv untuk setiap bilik, peti ais, toaster, eh senang cerita cukup lengkaplah semua benda.

Walaupun homestay ini tidak berhadapan dengan Sungai Melaka, ia bukan satu masalah kerana anda dekat dengan pelbagai kemudahan dan aktiviti di sini seperti Melaka Rivercruise dan sangat dekat dengan Sungai Melaka.

Kalau korang rasa nak angin luar, bolehlah lepak di wakaf yang ada di sini  

Harga di Hasya Hasif Kampungstay ni bermula dari RM90  

Anda boleh hubungi mereka di 016-3636199 atau cari mereka di Facebook https://www.facebook.com/hasyahasif.kampungstay.9

2. Kak Yah Homestay

Homestay ini sering mendapat tempahan daripada pelancong yang datang secara berkumpulan kerana di homestay ini mempunyai bilik yang boleh memuatkan sebuah keluarga.

Lokasinya juga dekat dengan tempat tumpuan ramai seperti pintu gerbang Kg. Morten, kedai-kedai makan dan Sungai Melaka.

Senang cerita korang boleh berjalan sajalah jika nak ke mana-mana.

Korang tak perlu pening kepala fikirkan parking kalau datang dengan keluarga besar sebab halamannya yang luas yang mampu memuatkan 2-3 biji kereta dalam satu masa.

Harga semalaman di Kak Yah Homestay anda boleh dapatkan bermula dari RM90

Anda boleh menghubungi mereka di talian 017-2910070 atau ke Facebook https://www.facebook.com/k.yahhomestay/

3. D'Morten Homestay

D'Morten Homestay ini comel je dan cantik nampak di mata.

Jangan risau pasal parking sebab di rumah ini menyediakan ‘porch’ yang memuatkan kereta anda dan tak perlu parking di luar. Lagi selamat!

Homestay ini juga berdekatan dengan Sungai Melaka kalau korang nak berjalan-jalan di tepian sungai yang penuh demgan pemandangan.

Harga semalaman rumah ni bermula dari RM88.

Hubungi mereka di 017-6332027 atau di Facebook https://www.facebook.com/homestayazahar/

4. Md Shah Homestay

Homestay ini sering dicari oleh pelancong kerana harganya murah dan menjanjikan pengalaman yang sama seperti anda di kampung. Lihat sajalah ruangan luar dan dalaman rumah ini yang boleh bawa kita pada ‘vibe’ kampung.

Sangat sesuai jika korang nak bawa anak-anak kenal rumah tradisional Melayu sebab pemilik rumah ini mengekalkan keaslian seni bina rumah dulu-dulu.

Yang bestnya kat sini, seni bina anjung rumah ni cukup cantik dan nyaman untuk korang lepak dengan kawan-kawan.

Harganya korang jangan risau sebab rumah ni bermula dari RM99 semalam.

Hubungi mereka di talian 019-6873385 atau Facebook https://www.facebook.com/kampungmorten75300melaka/reviews/?ref=page_internal

Alamat : No. 90, Jalan Tun Mamat 2, Kampung Morten, 75300, Melaka

5. Yunus Homestay

Tak perlu disangkal lagi, Yunus Homestay semestinya dikenali ramai dan antara homestay yang paling popular di Kampung Morten.

Di homestay ini juga turut terdapat restoran yang memudahkan korang untuk keluar makan yang tak memerlukan tenaga korang untuk berjalan jauh-jauh.

Hubungi mereka di talian 013-7782525 atau Facebook https://www.facebook.com/yunushomestaykgmorten/

Alamat : 104, Lorong Tun Mamat 1, Kampung Morten, 75300, Melaka

Sekarang korang dah tahu kan homestay yang murah-murah di Kampung Morten? Lekas ler kita berjalan ke Melaka!

Destination: