
Azar Azmi Putus Tunang Dengan Penerbit Filem
Terkejut dibuatnya bila penerbit filem, Hafiz Roslan sahkan yang dia dan Azar Azmi dah putus tunang sejak 10 Februari lalu. Bagaimanapun dia tak mahu mengulas lanjut tentang punca keretakan mereka berdua.
"Kami dah putus tunang. Keputusan ini memang daripada pihak saya tapi puncanya terlalu peribadi untuk dikongsikan. Saya harap semua faham," katanya kepada mStar Online. Pasangan ini bertunang pada 1 Disember lepas dan sepatutnya melangsungkan perkahwinan pada hujung tahun ini.
Hafiz juga mengaku yang dia dan Azar sudah tidak lagi berhubung antara satu sama lain selepas berpisah. "Saya dan dia tak lagi berkawan. Doakan yang terbaik untuk kami," tambahnya.
Buat pengetahuan Hafiz adalah seorang bapa tunggal dan sudah beberapa tahun bercerai dengan bekas isteri.