Baby Shima Sedih, Terkandas Di Jakarta

March 30, 2020 - 06:36 PM


Baby Shima terkandas di Jakarta disebabkan tempoh darurat dilanjutkan sehingga 19 April di negara itu. Penyanyi ini sedih kerana tidak dibenarkan pulang ke Malaysia namun akur dengan perintah tersebut. Baby Shima berkata, walaupun tak dapat bersama keluarga namun dia bersyukur kerana syarikat pengurusannya sangat prihatin dalam menguruskan kebajikannya di sana.

"Saya disarankan untuk berada di rumah dan rak dibenarkan keluar. Walaupun ada kedai yang dibuka namun saya berjaga-jaga dan hanya berada di rumah sahaja. "Memang sedih tak jumpa keluarga di Johor Bahru. Saya datang sini pun sebelum penularan wabak itu berlaku. Nak balik pun tiada penerbangan ke Malaysia," katanya kepada mStar Online.

Tambahnya, pihak pengurusan sentiasa memantau dan menyediakan barang keperluan selama dua minggu. Jika habis, meraka akan bantu. Sementara itu, Baby Shima kata jadualnya terjejas berikutan beberapa acara di Malaysia dan Indonesia terpaksa dibatalkan. "Saya berharap sangat wabak ini cepat berakhir. Kalau ada peluang balik ke Malaysia, saya nak balik!"