7 Cara Mudah Packing Barang Untuk Travel
TRAVELBila nak travel atau melancong bahagian yang paling "annoying" adalah masa nak pack barang-barang masuk dalam beg. Mula-mula travel dulu part pack barang ni paling aku suka. Tapi bila dah lama-lama ni rasa macam leceh jer nak pack barang.
Kadang-kadang sehari sebelum baru aku start pack barang bila nak travel. paling teruk 3 jam sebelum aku ke airport aku start packing. Pastu mulalah kelam kabut. pastu dalam flight baru teringat ada benda yang tertinggal.
Jadi kali ini aku nak bagi tips cara-cara nak pack barang untuk travel dengan cepat dan mudah.
TEMPOH TRAVEL
Ok. Paling penting korang kena pack barang ikut berapa lama korang akan fly. Kalau seminggu tu korang kena prepare lebih sikit. Kalau setakat 2 – 3 hari korang just bawa beberapa helai baju sahaja.
Selain tu kenal pasti musim apa korang travel. Kalau destinasi yg korang nak pergi tu musim sejuk seeloknya prepare lah barang-barang musim sejuk untuk di bawa.
BUAT CHECKLIST
Tips ni amat penting. Bagi memastikan tiada barang yang tertinggal better korang buat check list untuk travel. Aku percaya setiap kaki travel dan sediakan checklist masing2.
Korang boleh mulakan dengan baju, underware, toiletries, travel essentials, ubat dan lain-lain….seeloknya list ni buat seminggu sebelum korang travel.
SEDIAKAN BEG (SEELOKNYA 2 BEG)
Tiap kali aku travel aku akan sediakan 2 beg berasingan. Satu beg aku isi kan segala bagai pakaian dan satu beg lagi beg kecil yang aku akan letak segala jenis gadget travel spt kamera, charger, cable, sun glases dan dokumen travel.
MULA PACKING
Bila semua barang-barang dah ada korang boleh mula packing. Bawa baju2 yang ringan dan style. Pastikan korang susun dengan kemas setiap barang dan beg toiletries haruslah di asingkan dengan barang-barang lain.
ASINGKAN GADGET
Bagi memudahkan hidup korang kelak segala jenis peralatan elektronik atau gadget diasingkan. Biasanya kalau perjalanan jauh korang akan memerlukan gadget2 ini semua. Lagi-lagi kalau flight korang tu dalam 15 jam.
SIMPAN BARANG-BARANG TRAVEL YANG LAMA
Untuk mengelakkan pembaziran barang-barang travel yang korang travel sebelum ni simpan elok2. Seperti bantal kecik dan barang-barang sperti sabun dan shampoo yang tak habis boleh di guna pakai untuk next travel.
CHECKLIST
Sebelum korang zip beg korang seeloknya double check semua barang-barang keperluan travel dah di masukkan. Pastikan tidak ada yang tertinggal.
********************
Semoga ianya boleh membantu korang untuk pack barang dengan lebih teratur, cepat dan mudah.