
FB Post Sedim, Kedah: TREE TOP WALK
Lokasi: Tree Top Walk, Sedim, Kedah!
Mungkin masih ramai yang belum tahu bahawa 'Jambatan Kanopi Terpanjang Di Dunia' sebenarnya terletak di salah sebuah negeri di utara Semenanjung Malaysia.
Dengan ketinggian mencapai 26 meter dari paras tanah, jambatan sepanjang 950 meter ini bakal memberikan pengalaman meneroka hutan dari sudut pandangan berbeza seperti 'bird-eye view'!
Menyusuri perjalanan di atas jambatan keluli ini, rugi sekiranya anda tidak membawa kamera atau teropong untuk meihat sendiri pelbagai hidupan yang menjadikan puncak pokok sebagai sarang mereka.
Ular dan burung enggang antara fauna yang dapat dilihat jika anda bertuah!
Tersembunyi di sebalik pepohon menghijau, Tree Top Walk merupakan tarikan utama di Hutan Simpan Gunung Inas, Kedah.
Terletak 30 minit dari Kulim, anda akan dapat menjejak lokasi ini dengan mudah kerana papan tanda disediakan di sepanjang perjalanan menuju ke lokasi. Laluannya dari Kulim, melalui Karangan sebelum anda tiba di Sedim.
Bagi mereka yang mendambakan pengalaman bermandi manda pula, anda boleh berbuat demikian di sungai berhampiran.
Harga tiket yang dikenakan cukup berpatutan iaitu hanya RM10 untuk dewasa dan RM6 bagi kanak-kanak 12 tahun ke bawah.
***Jadi, andai kata PKP tamat nanti dan kes pandemik pun semakin pulih -- jangan lupa bawa anak-anak beriadah dan bercuti ke sini. Mesti dorang rasa gembira dapat tengok macam-macam hidupan seperti yang dipelajari semasa kelas online di rumah.
#rileklah #DreamNowTravelLater #kitajagakita #staysafe #dreammalaysia #cuticutimalaysia #malaysiatrulyasia
**SUSUNAN GAMBAR**
