3 Peraturan Pelik Dari Queen Elizabeth II Ketika Membuka Hadiah Krismas

GAYA HIDUP
December 12, 2018 - 03:34 PM


Kemeriahan Hari Natal kian terasa, Di Malaysia sebagai negara di mana rakyatnya terdiri dari pelbagai kaum turut meraikan kemeriahan sambutan hari Krismas yang bakal menjelang pada 25 Desember nanti. 

Menariknya Krismas di saat semua ahli keluarga berkumpul untuk membuka hadiah masing-masing. Bagi rang kebanyakkan, hadiah yang mahal menjadi pilihan, namun tidak bagi keluarga Diraja Britain ini. 

Berikut kami kongsikan 3 Peraturan Pelik Dari Queen Elizabeth II Ketika Membuka Hadiah Krismas

Memetik Mirror, tradisi yang telah ditetapkan berpuluh tahun lalu itu turut 'mewajibkan' setiap ahli keluarga menyediakan barangan lucu atau jenaka sebagai hadiah Krismas.

Apa saja yang tidak dimiliki keluarga diraja?

Mereka sudah memiliki segalanya. Jadi, mereka memerlukan sesuatu yang berlainan. Barulah lebih meriah, kan?

Difahamkan, ahli keluarga akan berkumpul seawal jam 6 petang pada hari sebelum Krismas (Christmas Eve) untuk membuka hadiah di dalam bilik tamu di Sandringham.

1. Tiada siapa boleh membuka hadiah sebelum mendapat kebenaran daripada Putera Philip yang mengawasi proses membuka hadiah.

2. Setiap hadiah mestilah barangan yang melucukan sebagai jenaka.

3. Lebih murah hadiah itu, lebih bagus!

Antara hadiah paling tidak boleh dilupakan adalah topi mandi dengan kapsyen "Ain't life a bitch" yang diberikan Putera Harry kepada Queen E. Nakal ya, Harry!

Hadiah diterima Harry daripada Duchess of Cambridge, Kate Middleton juga tidak kurang hebatnya. Kate yang pernah mempunyai hubungan rapat dengan Harry memberikannya boneka Grow Your Own Girlfriend yang boleh membesar hingga enam kali saiz asal sebelum Duke of Sussex itu dating dengan Meghan Markle.

Manakala, Puteri Anne pernah memberi tempat duduk tandas kulit putih kepada Putera Charles yang kini sering dibawanya ketika melakukan siri lawatan ke luar negara.

Keluarga Diraja Britain juga memiliki beberapa tradisi Krismas unik termasuk memberi 1,500 puding Krismas kepada kakitangan istana dan mengenakan tema 'Black Tie' pada makan malam keluarga.

Queen E juga menegaskan bahawa hiasan Krismas tidak boleh dikemas sebelum dia meninggalkan Sandringham.

Namun, dengan apa yang melanda Meghan Markle dan Kate Middleton yang juga dikatakan tengan panas serta hubungan adik-beradik Putera Harry dan Putera William yang mula berkocak adakah Krimas tahun ini sama macam dulu-dulu buat keluarga Diraja ini?