5 Tips Gaya Hidup Untuk Lelaki Sentiasa Tampil Bergaya dan Stylo

GAYA HIDUP
June 25, 2018 - 05:25 PM


Nak nampak bergaya dan stylo sepanjang masa? Tak perlu duit berkepuk-kepuk pun sebenarnya untuk tampil bergaya sebenarnya. Apa yang membuatkan seseorang itu kelihatan begitu adalah dari keyakinan diri serta gaya hidup yang mempengaruhi penampilan harian.

Malah gaya hidup yang simple juga boleh membuatkan seseorang itu nampak begitu stylo sangat, contohnya jaga penampilan atau pun jaga disiplin. 

Gaya hidup yang paling dekat dengan kita adalah setiap perbuatan yang kita buat haruslah bertamadun, Benda simple je tapi bila kita buat kita sendiri akan rasa awesome. Paling senang aku boleh bagi contoh adalah bila lepas guna tandas pandai-pandailah flush. See benda simple je tapi boleh mempengaruhi gaya hidup kita sebenarnya. 

Sekrang aku akan kongsikan 5 gaya hidup yang boleh nampakkan korang ni sangat bergaya dan stylo

1. Disiplin

Gaya hidup yang berkualiti sudah semestinya hasil dari disiplin yang tinggi. Kalau rupa elok, penampilan terbaik tapi disiplin out memang tak kemana. Jadi jaga lah disiplin diri sendiri. Pastikan disiplin kita berada di dalam kelas pertama. 

2. Budi Bahasa

Berbudi bahasa amat di tuntut dalam setiap gaya hidup kita, sesuai dengan masyarakat kita yang lemah lembut. Adab-adab haruskah sentiasa di jaga. Jaga adab dengan orang lebih tua, jaga adab dengan kawan-kawan, pendek kata sentiasalah jaga adab korang tu. Dan satu lagi kalau makan di kedai fast food pandai-pandailah kemas balik. Jangan nak biarkan bersepah macam tu jer kat atas meja tu. 

3. Kreatif

Sentiasa kreatif dalam mencari penyelesaian hidup dan menjalani hari-hari korang dengan ohsem. 

4. Kool

Walau seteruk manapun dugaan dan rintangan yang korang lalui ni sentiasa kool. jangan cepat marah dan maki. Hilang macho korang nanti. Ingat jangan pernah buat keputusan dalam keadaan marah, percayalah keputusan yang di buat ketika marah akan membawa penyesalan di kemudian hari.

5. Jaga Penampilan

Bab jaga penampilan ni aku sengaja nak ulas kasi panjang sikit, sebab part ni agak complicated sebenarnya. Faktor utama yang perlu di titikberatkan adalah penjagaan dari segi muka. Ini yang penting. Antara langkah perlu korang buat adalah:

Bersihkan muka

Cuci muka dengan menggunakan pembersih muka yang sesuai mengikut jenis kulit anda. Lebih-lebih lagi jika anda mempunyai kulit yang berminyak. Ini adalah langkah paling asas dalam penjagaan muka. Sabun buku yang anda gunakan pada badan anda itu bukan untuk muka tau. Sabun jenis itu mungkin terlampau kasar dan boleh menjadikan kulit muka anda kering. Cuci muka maksimum 2 kali sehari dengan pencuci muka.

Sental

Tanggalkan sel mati kulit wajah anda dan biarkan sel kulit baru menyinar dengan scrub. Barulah muka boleh nampak bersih dan berseri. Bukan kena pakai hari-hari pun. Anda hanya perlu scrub sekali dalam 2 atau 3 hari sahaja.

Melembab

Gunakan losyen. Losyen bukan sahaja bertindak sebagai pelembap, malahan bertindak sebagai pelindung kulit anda juga. Cuba gunakan losyen yang mempunyai pelindung sinaran UV lebih-lebih lagi jika pekerjaan memerlukan anda berpanas. Tak, jangan risau, tak macam perempuan pun. Cuma sekarang ini golongan wanita makin cantik dan makin pandai menjaga kecantikkan dalaman dan luaran mereka. Anda pun mesti mula juga untuk kebaikkan jangka masa panjang. Lagi sepuluh tahun takkan anda mahu pasangan anda sahaja yang awet muda, kan?

Jerawat jangan dipicit

Selagi boleh, tahan diri anda daripada memicit jerawat. Kadang kala geram kan, lebih-leboh lagi apabila jerawat anda itu sudah masak. Sabar saja. Tunggu dia pecah sendiri. Kalau tidak, berbekas nanti. Tapi, jika anda sudah tidak tahan sangat, pastikan tangan anda bersih ketika memicitnya. Gunakan tisu untuk mengelap sisa jerawat. Jangan bagi tisu yang sudah tercemar terkena bahagian lain muka anda tau

Rapi

Kalau korang ni jenis ada janggut dan misau, pastikan ianya di rapikan supaya tidak nampak terbiar.

# Tip Jaga Penampilan Diri

Ni tip dan trick lagi mudah untuk korang, aku sarankan pilih pencuci muka yang sesuai dengan wajah kulit korang supaya nanti tidak ada kesan sampingan seperti jerawat, kulit kering dan sebagainya.

Antara produk pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita orang asia ialah LANEIGE HOMME. Laneige Homme ada dua iaitu LANEIGE HOMME Blue Energy Skin Toner dan Blue Energy Essence in Lotion. Produk ni khas untuk LELAKI! Tapi kalau korang ni spesis Sajat boleh juga cuba. Eh!.

Kenapa aku kata LANEIGE HOMME ni paling sesuai kerana produk ini mengandungi bahan semulajadi seperti air laut dalam dari Goseong Timur Laut Korea dan juga di perhebatkan dengan khasiat Spirulina. Kedua-dua badan ni sangat membantu dalam mengembalikan tenaga pada wajah korang supaya kekal sihat dan cerah sentiasa. Paling penting ianya di perkayakan dengan bahan anti-aging buat para lelaki. Baru nak sentiasa "baby face".

Kalau nak tau Air Laut Goseong berasal dari Greenland lebih kurang 4,000 tahun dahulu dan suhu air ini sangat rendah (2 darjah) sentiasa, sebab tu air ini mengandungi pelbagai mineral seperti magnesium, calcium, potassium, zinc, iron, copper dan selemium. Bahan-bahan ini amat penting bagi tubuh badan kita.

Antara Khasiat LANEIGE HOME!

  • Magnesium - Menganjalkan kulit 
  • Calcium & Potassium - Meningkatkan keupayaan kelembapan kulit
  • Zinc - Memperkuatkan kecergasan kulit, mengekalkan keanjalan dan menghasilkan kolagen dermal.
  • Iron - Elemen utama darah, yang membekalkan oksigen ke kulit
  • Copper - Meningkatkan ketegangan kulit

LANEIGE HOMME Blue Energy Skin Toner (180ml)

Salah satu produk adalah Toner, Toner ini juga bersifat anti-aging dan mengekalkan kelembapan kulit kita. Biasanya orang lelaki ni akan pakai sebelum tidur barulah bangun pagi kulit bertambah glowing dan cerah. Tak caya cuba lah buat. Sekali sehari cukuplah sebab aku tau orang lelaki ni jenis malas. Toner ini mengandungin 74.9% Deep Sea Water! 

LANEIGE HOMME Blue Energy Essence in Lotion (125ml)

Essence Lotion ni boleh membantu menghilangkan kesan stress pada wajah korang. Ha ingat otak je tahu stress? kulit pun boleh stress tau. Biasnya otak yg stress akan menyebabkan kulit jadi stress. Tapi dengan Laneige ini kesan stress pada kulit boleh di kurangkan. Tak der lah nampak kusam je muka tu. Selain itu, ianya juga boleh elakkan kulit jadi kering, mengurangkan kedutan pada wajah sebab Laneige ini di fomulakan khas untuk anti-aging.

Kalau korang nak beli boleh beli di AEON, PARKSON, SEPHORA, ISETAN, LANEIGE Boutique atau boleh juga klik sini untuk matlumat lanjut store yang jual Laneige!

Info Lanjut: