5 Lokasi Sesuai Untuk Anda Lancarkan Produk Muslimah

GAYA HIDUP
March 01, 2018 - 10:33 AM


Selain strategi pemasaran, lokasi serta cara pengendalian majlis pelancaran teramatlah penting untuk menjayakan sesebuah produk. Jika tak kena salah satu daripada element di atas, mungkin produk anda itu kurang mendapat sambutan.

Bagi anda yang masih tercari-cari atau tak tahu dimana nak buat majlis pelancaran produk ataupun event. Ini kami ada senaraikan 5 lokasi yang sesuai untuk semua acara, termasuklah untuk melancarkan produk muslimah.

 

#. 1 The Co

The Co merupakan co-sharing office/event space. Ada dua lokasi korang boleh pilih iaitu di Jalan Doraisamy ataupun di Bangsar.

Jika acara korang itu tak menjemput ramai sangat orang bolehlah sewa the co ini untuk pelancaran produk. Selain terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, pengangkutan awam untuk ke dua-dua lokasi pun dekat.

FB : The Co

 

#2. Canvas Damansara Perdana

Ruang yang bersaiz 1000 kaki persegi ini dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan macam mikrofon, sistem bunyi, projektor, wifi dan juga penyelia event. Sesuai untuk event kecil kecilan dan boleh memuatkan lebih kurang 50 orang.

Terletak di Damansara Perdana, tempat ini dikendalikan oleh The Canvas Group. Jika berminat, boleh ke page Facebook diorang atau ke laman web.

Website 

Facebook

 

3. Connexion@Bangsar

Terdapat dua pilihan di sini iaitu Nexus dan Vertical yang boleh disewa untuk sebarang event yang korang nak jalankan. Selain daripada servis yang baik, mereka menjanjikan akses parking yang lebih daripada 1000 kenderaan.

Selain daripada dilengkapi dengan pelbagai kemudahan di dalam dewan seperti WiFi, sistem audio visual dan macam-macam lagi.

Website : Connexion

 

4. Gaya Melawati Hall

Tempat yang ideal untuk adakan seminar, training mahupun lancarkan produk. Terletak 15 minit dari KLCC dan mempunyai kemudahan yang lengkap.

Selain harga yang murah, space yang boleh muatkan hingga 100 pax ni memang ekslusif dan ada minimalist style sikit. So kalau produk tu ala-ala hipster, sini yang terbaik.

Website : ARA Event Space

 

5. Vilej Damansara

Vilej Damansara ni kalau yang familiar, owner dia adalah Faiz Dickie. Selain tempat yang versatile, ia boleh memuatkan lebih kurang 150 orang.

Lokasi terletak di Damansara Perdana. 

Maklumat lanjut boleh ke Instagram : vilej_damansara

Eh, takkan 5 je, penulis takde idea ke macam mana? Ha... sengaja je kitorang senaraikan 5 je, sebenarnya banyak lagi tempat-tempat yang korang boleh sewa sekitar KL ni...

Tapi kalau kitorang lah kan, ada produk nak lancar contohlah, tudung. Kitorang akan pilih tepi pantai. 

Sebab apa? tepi pantai kan berangin, time ni la nak tunjukkan tudung kitorang ni tahan kedut, mudah dibentuk dan tahan maki. Eh!