6 Garis Panduan Mudah Untuk Memilih Hotel – Gerenti Selesa Dan Berbaloi

July 08, 2019 - 05:13 PM


Setiap kali pergi bercuti dan melancong, salah satu perkara yang paling utama adalah tempat penginapan. Bila sebut tentang penginapan ni, ada pelbagai jenis penginapan yang disediakan di luar sana. Setiap jenis penginapan ni sebenarnya ada perbezaannya.

Tidak kira jenis penginapan yang anda pilih, sama ada hotel, chalet, homestay dan sebagainya; sebenarnya ada tip mudah untuk anda ikut untuk mengelakkan anda tersalah pilih. Berikut adalah garis panduan atau guideline mudah yang perlu anda ikut sebelum membuat tempahan penginapan.

Kalau anda pelanggan Netflix, anda perlu menonton siri bertajuk ‘Instant Hotel’. Sedikit sebanyak, ada kriteria-kriteria utama yang perlu ada pada sebuah rumah penginapan diceritakan dan dijadikan garis panduan penting untuk pemberian markah iaitu; rumah, lokasi dan tarikan menarik terdekat, pengalaman tidur dan berbaloi.

Jadi, untuk pemilihan hotel atau penginapan; apa yang kita perlu berikan perhatian adalah :

#1. Nilai

Nilai ini termsuk dalam kategori berbaloi atau tidak. Ia boleh dikatakan sebagai faedah atau kelebihan yang kita dapat, dengan harga yang dibayar. Ini mengambil kira pelbagai faktor seperti layanan hotel, servis yang diberikan, kemudahan ekstra tanpa bayaran tambahan, keselamatan dan lain-lain.

 

#2. Kemudahan

Perkara kedua yang perlu kita ambil kira adalah kemudahan. Tidak kiralah jika kita travel secara solo mahupun dengan keluarga, perlu ambil kira faktor kemudahan.

Cari yang memenuhi kehendak anda (jika secara solo), dan keluarga. Jika anda travel untuk urusan bisness, semestinya anda mahukan kemudahan wifi dibilik, setereka, perkhidmatan dry cleaning dan sebagainya.

Macam mana nak tahu hotel atau tempat penginapan yang bakal kita tempah tersebut ada kemudahan seperti itu? Boleh rujuk ke laman web atau laman sosial mereka ataupun tengok di laman web yang tawarkan perkhidmatan perbandingan hotel seperti Trivago, Agoda dan lain-lain. Kebiasaannya, akan ada senarai lengkap kemudahan yang ada.

 

#3. Lokasi

Ambil kira lokasi penginapan anda sesuai dengan keadaan dan kesesuaian dengan anda. Paling penting, adakah ia berdekatan dengan tempat-tempat tarikan disana. Melainkan anda tidak kisah untuk memandu jauh.

Tapi, sekiranya anda bergantung kepada pengangkutan awam, pastikan lokasi penginapan tersebut adalah dekat dengan stesyen keretapi dan sebagainya. Jika tidak, agak sukar nak bergerak nanti.

 

#4. Mesra Keluarga

Jika anda bercuti dengan keluarga, pastikan dahulu sama ada hotel berkenaan mesra keluarga atau tidak. Kami ada kongsikan cara untuk mencari hotel mesra keluarga sebelum ini.

Ciri yang anda cari sebenarnya mudah. Jika ada anak kecil, cari hotel yang mempunyai kolam renang atau taman permainan. Kalau tiada pun, cuba cari yang punyai kawasan untuk beriadah. Taman atau pantai misalnya.

#5. Aktiviti

Kebiasaannya, penginapan jenis hotel atau resort akan sediakan aktiviti menarik dalam tawaran mereka. Jadi, ambil kira faktor ini juga.

Sekiranya ia berdekatan dengan pulau, cuba tanyakan ada atau tidak pakaj snorkelling, berkayak atau apa-apa yang sesuai dilakukan oleh anda sekeluarga.

 

#6. Review dan Komen

Suka kami ingatkan, rajinkan diri baca komen dan review di laman web seperti Tripadvisor, Agoda dan sebagainya. Kebiasaannya, review orang ramai ni jarang yang tak betul. Cari yang ada bukti bergambar dan sebagainya.

Lagi satu, bila nak rujuk review, pastikan ianya masih valid. Dalam erti kata lain, komen terbaru. Jangan pulak jadikan komen atau review dua atau tiga tahun lepas. Mungkin dah berubah.

Pokoknya, kena rajin buat reseach sikit. Kalau tak, memang akan kecewa lah nanti.


BACA JUGA