6 Habit Yang Kita Rasa Bagus, Tapi Sebenarnya Tak

GAYA HIDUP
March 26, 2018 - 04:27 PM


Banyak benda yang ibu bapa kita dah ajar sejak kita dari kecil, contohnya macam berus gigi selepas makan, jangan tonton televisyen terlalu dekat dan banyak lagi. Ada banyak habit yang kita dah biasa buat yang kita rasa bagus, tapi sebenarnya memberi kesan buruk kepada tahap kesihatan dan kebersihan kita. 

1. Korek telinga

Ramai yang gunakan cotton bud sebagai alat yang sesuai yang korek telinga, sedangkan korek telinga tak perlu pun. Tahi telinga akan kering dan keluar dengan sendirinya. Jadi kita hanya perlu mencuci bahagian luar sahaja.

2. Berdiri jauh dari microwave

Microwave tak bahaya seperti yang ramai orang fikir. Microwave tak produce apa-apa chemical atau memberi kesan kepada DNA kita seperti X-ray atau tanning bed. Selagi tak peluk microwave masa dia panas, jadi tak ada masalah. 

3. Flush tandas

Semua orang tahu kena flush tandas selepas digunakan. Tapi sebaiknya flush tandas dengan menurunkan penutup tandas. Bukannya dibiarkan terbuka kerana bakteria akan terbang sehingga 2 meter tinggi. 

4. Tak semua makanan kena basuh

Rupa-rupanya tak semua jenis makanan yang belum dimasak kena basuh. Contohnya, daging merah tak perlu dibasuh. Tapi buah-buahan atau sayur-sayuran mesti dibasuh. 

5. Cuci hidung 

Bila kita rasa ada sesuatu dalam hidup pastinya kita akan lakukan apa sahaja agar hidung kita berada dalam keadaan selesa dan senang bernafas. Kebanyakkan daripada kita akan cuci hidung menggunakan tangan dan ianya menyebabkan bakteria luar masuk. 

Seeloknya hanya cuci dengan air dengan memasukkan air sedikit dan hembus keluar seperti kita cuci hidung sebelum berwuduk. 

6. Berus gigi selepas makan

Semua orang akan berus gigi setiap hari terutama sewaktu pagi dan sebelum tidur. Tapi jangan berus gigi sejurus selepas makan tapi sekurang-kurangnya 30 atau satu jam selepas makan.