9 Benda Yang Perempuan Nampak Menarik Pada Lelaki





Post ini amat sesuai untuk lelaki yang masih lagi bujang dan single. Kalau dah berpunya tu post bukan untuk anda ya. Jadi jangan nak gatal untuk ikut tip ni. 

Banyak ciri-ciri yang perlu ada pada lelaki kalau nak menambat hati perempuan. Ada perempuan suka lelaki yang kemas. Ada yang suka lelaki macam messy sikit. Apa pun, 9 ciri ni antara yang ramai perempuan suka pada lelaki. 

1. Lelaki yang bekerjaya dalam badan beruniform 

Salah satu benda yang menarik perhatian perempuan adalah mereka yang berkerja dalam badan beruniform. Seperti bomba, polis dan askar. Dan

2. Mempunyai haiwan peliharaan 

Ada satu kajian dari sebuah university yang menunjukkan lelaki yang mempunyai hawai peliharaan lebih menarik. Jadi, korang yang dah lama single tu dah boleh start fikir nak bela haiwan apa.

3. Pakai baju yang mempunyai huruf T

Mungkin fakta ini agak pelik tapi kajian dari Nottingham Trent University ini menunjukkan lelaki yang memakai baju yang mempunyai huruf T lehih menarik perhatian perempuan. Maka, korang dah boleh serbu kedai t-shirt dan cari baju yang ada huruf T.

4. George Clooney effect 

Sebenarnya effect ini menceritakan perempuan lebih tertarik pada lelaki yang lebih berusia. Sebab lelaki yang berusia ni lebih kukuh dari segi kewangan dan sebagainya.

5 Sombong 

Sebenarnya perempuan suka kan lelaki yang sombong. Tapi sombong dekat sini bermaksud yang tak mudah cair dengan perempuan. Maknanya, awal-awal dating tu korang jangan lah gelojoh sangat. Tunjukkan yang korang seorang gentleman.

6. Bukan bersifat kebudak-budakan

Kajian dari Universiti of Columbia menunjukkan perempuan lebih tertarik pada lelaki yang lebih powerful, proud dan bukan jenis happy-go-lucky. Jadi, mereka yang bersifat kebudak-budakkan tu boleh lah perlahan-lahan mengubah sikap anda untuk tidak kekal single selama-lamanya.

7. Mempunyai suara yang garau dan macho

Memang tak dinafikan lelaki yang mempunyai suara yang garau lebih menarik daripada lelaki yang bersuara biasa. Kajian juga menunjukkan lelaki yang bersuara garau ni lebih seksi.

8. Pakai baju warna merah

Selain melambangkan keberanian, warna merah juga mampu menarik perhatian orang lain. Jadi, lelaki yang memakai baju berwarna merah lebih menarik perhatian wanita.

9 Gambar yang melambangkan high-status 

Perempuan suka akan lelaki yang mempunyai gambar-gambar yang melambangkan high-status. Macam bergambar dengan kereta mewah atau jam mewah atau apa-apa sahaja yang nampak mewah. Tapi, kalau kantoi yang barang-barang mewah tu bukan korang punya, pandai-pandai lah korang cover.

-KeN

;