Abang Viva Viral Diberi Motor Berkuasa Tinggi Oleh Insan Misteri

GAYA HIDUP
January 12, 2022 - 02:30 PM


Siapa tak kenal Abang Viva Viral ? Seorang jejaka yang menjadi sebutan ramai kerana sikap suka membantunya dengan ikhlas ketika bencana banjir melanda negara tempoh hari. Berbekalkan RM50, beliau sanggup membawa kereta Viva dan bot anginnya demi menghulurkan bantuan terhadap mangsa banjir cukup menambat hati rakyat Malaysia.

Baru baru ini, ICTY Motorworld Sdn Bhd telah memuat naik satu hantaran di Facebook berkongsi berita bahawa Abang Viva Viral atau juga dikenali sebagai Azwan Omar telah menerima satu ganjaran dari insan misteri sebahagai penghargaan di atas bantuannya.

Azwan Omar menerima motosikal jenis Yamaha XJ6s dan lengkap dengan pelbagai aksesori lain. Netizen mengucapkan ribuan tahniah kepada  Azwan Omar dan mendoakan insan yang memberi ganjaran tersebut dimurahkan rezeki. 

Ternyata, insan bernama Azwan Omar benar-benar mengajar kita erti empati dan simpati. Pelbagai cara yang kita mampu sumbangkan dalam usaha untuk meringankan beban seseorang. Nak atau taknak? Anda yang tentukan. 

Destination: