Apa Salahnya Pekerja Asing Jalan-Jalan di KLCC, Tak Perlulah Sampai Nak Menghina

GAYA HIDUP
February 15, 2024 - 04:08 PM


Cuti Tahun Baharu Cina baru sahaja berakhir. Di saat rakyat Malaysia berpusu-pusu pulang ke kampung untuk habiskan cuti, lain pula situasi yang berlaku di Ibu Kota Kuala Lumpur apabila dibanjiri oleh pekerja asing untuk menghabiskan masa cuti di KLCC.

Walaupun keadaan ini sebenarnya sering berlaku namun tindakan segelintir rakyat Malaysia yang menghina warga asing itu dikatakan agak melampau. Nak dijadikan gurauan boleh tetapi perlulah berpada-pada. 

Tindakan ini menunjukkan sikap angkuh dalam diri kita apabila pelancong asing dalam ke Malaysia. Mereka juga ada hak nak jalan-jalan bebas kat Malaysia. 

KLCC Darul Bangla

Ada juga yang memuat naik video menerusi TikTok @mr_suka_latte dan menulis di ruangan kapsyen, “Semalam CNY, aku jalan-jalan di KLCC. Popular sungguh KLCC ini dengan ‘pelancong’ dari Bangladesh. Satu benda yang aku perasan, diorang ini sempat tempat nak posing (tangkap gambar). Background wall yang tak menarik pun jadi, asalkan KLCC.”

Malah, ada juga yang membongak dengan mengatakan, “KLCC Darul Bangla.” - @ReeNGaston

Sampai macam tu sekali. Sombong sungguh.

Isu ini turut meraih perhatian rakyat Malaysia yang lain di mana rata-rata tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh sesetengah individu yang disifatkan angkuh.

“Dorang datang Malaysia bukan untuk merompak atau menyamun, tapi untuk buat kerja yang rakyat Malaysia sendiri tak nak. Sekarang cuti, kalau tak pergi KLCC jalan-jalan, nak pergi mana? Pergi rumah kau ke?” selar seorang pengguna X.

“KLCC bukan kau punya, biarlah diorang sekali-sekala nak berjalan”

Tak payah lah buat muka bila lihat ramai warga asing di Malaysia. Jumlah mereka ialah 2.7 juta orang. Kau harapkan mereka ini menyorok di mana? Mereka ini bekerja di sektor 3d (dirty, dangerous, difficult) yang rakyat tempatan tidak mahu. 

Negara ini ramai warga asing sebab demand pada sektor 3d yang warga tempatan tak mahu buat. Awak pun tak mahu kerja angkat sampah, cuci tandas, bersihkan longkang tapi komplen tak suka warga asing. Bagaimana? - @SyedAkramin

Biarlah mereka nak jalan-jalan kat KLCC pun.