Apabila Orang Islam Warnakan Rambut Sah Atau Tidak Solat?





Baru-baru ni kes Awal Ashaari yang mengubah warna rambut asal dari hitam ke putih menarik perhatian orang ramai. Rata-rata netizen mula mengeca tindakan Awal itu dan mengatakan solat Awal Ashaari tidak sah! ower betul ustaz online sekarang, Macam tu je diorang boleh jatuhkan hukum. 

Berkenaan dengan persoalan Apabila Orang Islam Warnakan Rambut Sah Atau Tidak Solat?

Mengikut pandangan daripada penceramah bebas, Da'i Izzhar atau Ahmad Izzhar Ahmad Nazri berhubung dengan perkara tersebut. 

Menurut Izzhar, mengubah warna rambut dalam Islam merangkumi tiga syarat iaitu bahan yang digunakan tidak menghalang air untuk meresap di dalam rambut. 

Manakala syarat kedua, warna rambut yang diubah itu tidak boleh menyerupai kaum yang beragama lain dan ketiga, tidak boleh mengubah menjadi warna yang pelik.

"Mewarnakan rambut ada tiga syarat iaitu bahan-bahan yang digunakan halal dan tidak menghalang air serap dalam rambut.

"Warna itu juga tidak boleh menyerupai kaum dari agama lain dan pemilihan warna tidak pelik seperti putih, ungu atau merah," katanya.

Tambah Izzhar, memang benar solat yang dilakukan Awal menjadi sah namun perbuatan mengubah warna rambut adalah haram.

Bagaimanapun, seseorang itu dibenarkan mengubah ciptaan Allah sekiranya ia boleh memudaratkan kehidupan atau kesihatanya.

"Tiada masalah untuk Awal menunaikan solat kerana ia sah memandangkan dia tidak menggunakan pewarna rambut. Solat masih sah tapi perbuatan itu tetap haram.

"Melainkan kalau dia tak ubah warna rambut boleh mendatangkan kemudaratan dalam kehidupan atau kesihatannya, barulah dibenarkan," 

*****

So korang yang teringin nak warnakan rambut tu bolehlah fikir 2-3 kali sebelum buat. Rambut dah elok hitam nak juga jadikan putih. Tunggulah tua nanti, rambut akan jadi putih dengan sedirinya.

 

 

 

;