Baru Nak Rasa Nikmat Bebas Seketika, Wanita Hina Islam Ditahan JAWI

GAYA HIDUP
July 19, 2022 - 05:18 PM


Genap seminggu didakwa kerana menghina Islam, esok, Siti Nuramira Abdullah akan didakwa pula atas pertuduhan hampir sama di Mahkamah Tinggi Syariah di sini.

Pertuduhan ke atasnya akan dikemukakan mengikut Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghina atau menyebabkan agama Islam dipandang hina.

Sabit kesalahan, Siti Nuramira, 26, boleh didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-dua sekali.

Semalam, kira-kira pukul 10.22 pagi iaitu beberapa minit selepas dibebaskan dengan jaminan RM20,000, Siti Nuramira ditahan semula oleh beberapa penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang menunggunya sejak pukul 9 pagi.

Menurut pegawai penguat kuasa yang enggan dinamakan, wanita terbabit akan ditahan selama 24 jam sebelum dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Syariah esok.

Sumber: Utusan Malaysia

Destination: