Bestnya Dapat Bekalan Beras Percuma Selama Setahun! Ini Info & Caranya...

GAYA HIDUP
August 03, 2022 - 01:34 PM


Wow, bestnya kalau dapat hadiah berupa bekalan beras selama setahun percuma daripada BERNAS! Jimat duit beli beras, kan? Hehehe...

Kalau korang nak berpeluang memenangi hadiah berkenaan, jangan lupa untuk berkunjung ke Pameran Pertanian, Hortikultur dan Pelancongan Agro (MAHA) 2022 di di MAEPS, Serdang bermula esok (4 Ogos) hingga 14 Ogos ini.

BAGAIMANA CARANYA?

Korang hanya perlu pergi ke Dewan A, pusat pameran Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) dan sertai pertandingan "Teka Berat Beras" yang dianjurkan bagi memenangi hadiah utamanya berupa bekalan beras secara percuma selama setahun!

Bagi pemenang tempat kedua akan mendapat bekalan beras selama 6 bulan dan pemenang ketiga memenangi bekalan beras selama 3 bulan.

Selain itu, Bernas turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik lain seperti 'Chop ‘til you drop!, No Pain No Grain, Rice Click dan Sup-rice!'

Bernas juga akan menganjurkan Pertandingan Badang BERNAS pada 13 Ogos ini di Pentas Utama Dewan A, MAEPS.

Pertandingan yang akan bermula jam 2.00 petang itu  akan menguji kekuatan fizikal peserta untuk mengangkat kampit beras yang disediakan.

Di Laman Padi pula, pengunjung akan dijamu dengan Bubur Lambuk Istimewa Bernas, selain dapat melihat sendiri demonstrasi pemprosesan padi di Kilang Mini Padi Bernas.

Dalam pada itu, Bernas juga akan bersama pihak penganjur di dalam Karnival Kerjaya MAHA 2022.

Bagi mereka yang sedang mencari pekerjaan, mereka boleh menyerahkan permohonan lengkap dengan butiran peribadi kepada wakil Bernas pada 4 hingga 6 Ogos nanti.

Sumber: Malaysia Gazette

Destination: