"Demi Duit, Hilang Perikemanusiaan" - Dua Remaja Ragut Nyawa Budak 11 Tahun Demi Anggota Badan
GAYA HIDUPDua remaja dari Kota Makassar bertindak kejam menculik dan membunuh seorang kanak-kanak berusia 11 tahun kerana mahu menjual organ tubuh mangsa dengan harga yang mahal.
Kegiatan remaja berumur 14 dan 17 tahun itu terbongkar selepas keluarga mangsa melaporkan kehilangan anak mereka Ahad lalu.
Mayat mangsa ditemukan di kawasan tiang jambatan di wilayah Maros dalam keadaan ngeri kelmarin dengan kedua-dua kaki dan tangan diikat serta dibalut beg plastik.
Ketua Perhubungan Awam Polis Makassar, Kompol Lando berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendedahkan mangsa diajak suspek untuk membantu mereka membersihkan rumah.
Dari keterangan kedua-dua suspek, mereka nekad menculik dan membunuh mangsa karena obses dengan kes jual beli organ tubuh manusia yang menawarkan harga mahal di internet
“Mangsa diumpan dengan wang tunai 50,000 rupiah (RM14) dan kemudian diajak menaiki motor ketika berada di Indomart. Selepas menyertai kedua-dua suspek menaiki motosikal, mangsa tidak pulang ke rumah sehingga dia ditemui mati.
“Mangsa dilaporkan dibawa ke rumah suspek untuk menonton video di komputer riba dan ketika itu mereka mencekik dari belakang dan menghentak kepala mangsa ke tembok berulang kali sehingga meninggal dunia.
“Kerana tidak tahu apa yang harus dibuat, mereka kemudian memasukkan mayat ke dalam beg plastik berwarna hitam dan membuang mayat mangsa di kawasan sungai di Maros,” kata polis.
Ratusan penduduk yang berang dengan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu bertindak menyerang dan merobohkan rumah kedua-dua suspek namun keluarga mereka dilaporkan sudah melarikan diri.-AGENSI