Cristiano Sah Tinggalkan Manchester United!

GAYA HIDUP
November 23, 2022 - 11:13 AM


Selepas beberapa kontroversi yang dilalui oleh Cristiano Ronaldo pada musim ini, prestasi yang tidak konsisten, hubungan tegang bersama Manchester United dan sikap tidak professional yang ditonjolkan, akhirnya Cristiano dan kelab gergasi Eropah itu menemui jalan penyelesaian.

Cristiano Ronaldo, sah akan meninggalkan Manchester United atas persetujuan bersama dengan kadar serta merta.

Menerusi satu kenyataan rasmi dari Manchester United, perkara tersebut dimaklumkan di Twitter:

Biarpun berkesudahan dengan cara yang tidak diingini, pihak kelab menyatakan terima kasihnya atas khidmat pemain lagenda itu. Cristiano berjaya menjaringkan 145 gol dalam 346 penampilan.

Buat ketika ini, Cristiano Ronaldo sedang memberikan sepenuh perhatian untuk kempen Piala Dunia Qatar 2022 bersama Portugal. Sebaik selesai piala dunia, pasti Cristiano akan memberikan kenyataan tentang masa depannya.

 

Destination: