Doktor, Betul ke Atlet Negara Kita (Datuk Lee Chong Wei) Dapat Kanser Hidung?

GAYA HIDUP
September 26, 2018 - 03:36 PM


Seperti kita sedia maklum tentang berita yang kurang enak yang melanda atlet badminton negara Dato Lee Chong Wei menghidap kanser hidung tahap pertama. Berita ini mengejutkan ramai pihak terutama rakyat Malaysia sendiri. Dengan pencapaian Chong Wei yang begitu membanggakan sudah semestinya berita ini memberi tamparan hebat buat kita semua memandangkan kita masih lagi belum ada pelapis setaraf dengan Chong Wei.

Baru-baru ini, Doktor Dr Mohd Shaiful Nizam telahpun mengulas secara detail tentang bagaimana Datuk Lee Chong Wei boleh menghidap penyakit ini memandangkan gaya hidup yang diamalkan agak sihat. Jom kita baca sedikit info tentang Kansder Hidung dan bagaimana ia boleh menyerang kita semua.

Kanser Pangkal Hidung @ NPC merupakan kanser hidung yang terjadi di bahagian nasofarinks, berdekatan pangkal tengkorak. Ia kerap dihidapi oleh kaum Cina. Mengikut Data Kanser Malaysia (2007-2011), NPC menduduki tangga ke-5 selepas kanser Payu Dara, Usus, Paru-paru & lymphoma

Faktor risiko adalah disebabkan oleh keturunan (kaum cina) dan Jangkitan Virus Epstein Barr. Amalan Gaya Hidup seperti merokok dan pemakanan yang diawet seperti sayur-sayuran atau ikan kering juga penyumbang kepada kanser ini. Kaum Bidayuh di Sarawak juga berisiko menghidap NPC.

Gejala utama NPC adalah bengkak di lehar (tidak sakit,~ 60%). Selain itu pendarahan hidung atau hidung tersumbat dan kurang pendengaran sebelah telinga juga antara gejalanya. Jika anda mempunyai bengkak leher lebih pada 3 minggu segeralah berjumpa Doktor untuk siasatan lanjut.

Untuk dapat kepastian jenis kanser NPC itu, biopsi tisu atau ketumbuhan dalam hidung di bahagian nasofarinks adalah perlu. Biasanya prosedur ini dilakukan di Klinik ENT dengan bius setempat kecuali ada rintangan tertentu pesakit, maka prosedur dilakukan di dewan bedah bius penuh.

Rawatan kanser NPC ini bergantung kepada tahap kanser itu dijumpai. Secara umumnya, rawatan utama adalah Radioterapi & Kemoterapi. Pembedahan sangat jarang diperlukan kecuali dalam kes-kes tertentu.

Kadar kelangsungan hidup (prognosis) 5 tahun adalah sangat bagus jika dikesan & dirawat awal. Untuk kanser tahap 1, 80-90%, kanser tahap 2, 70-80%, tahap 3, 40-60% dann tahap 4, 40% (jika belum lagi merebak ke kawansan lain).