Dual Camera? Itu Biasa… Huawei Akan Keluarkan Smartphone Triple Camera!

GAYA HIDUP
February 13, 2018 - 11:12 AM


Menurut laporan yang didapati di laman web Slahleaks, dikatakan telefon pintar terbaru daripada Huawei, iaitu P20 bakal menjadi telefon pintar pertama di dunia yang hadir dengan fungsi tiga kamera belakang!

Beberapa keping gambar telah tersebar di internet menunjukkan model terbaru syarikat dari China terbabit. Jika betul, ini menjadikan ia sebagai smartphone pertama di dunia yang mempunyai triple camera.

Walaubagaimanapun, tiada maklumat lanjut disertakan dengan gambar tebabit ataupun fungsi sebenar ketiga-tiga kamera berkenaan. Jika difikirkan logik, berkemungkinan satu kamera akan merakamkan gambar bewarna, kamera kedua merakam imej hitam putih dan lensa ketiga berkemungkinan untuk fungsi wide-angle.

Ada juga ura-ura mengakakan berkemungkinan ia adalah fungi zoom optikal 5x.

Laporan ini boleh jadi hanya khabar angina namun sejak dua tahun ini, Huawei telah menjalinkan kerjasama bersama Leica untuk mengeluarkan modul kamera untuk kesemua smartphone milik syarikat berkenaan.

Selain itu, Huawei juga merupakan yang pertama mempunyai dua kamera pada telefon pintarnya iaitu P9 pada tahun 2016. Selain daripada tiga kamera, dilaporkan juga model P20 ini akan mempunyai paparan skrin penuh dan butang ‘home’ selain jek audio.

Untuk pemprosesan, ia akan dilengkapi dengan processor Kirin 970 dengan 6GB RAM dan sistem Android 8.1 (Oreo).

 

Sumber : The Star Online