Gambar Remaja Dari Terengganu Bersama Kerbau Menang Anugerah Imej Terbaik Asia 2018

GAYA HIDUP
January 11, 2019 - 01:03 PM


Gambar Remaja Dari Terengganu Bersama Kerbau Menang Anugerah Imej Terbaik Asia 2018. Digelar sebagai Mowgli Malaysia, gambar yang diambil oleh Dallah Deen dan Nazri Sulaiman mendapat perhatian dari orang ramai. Gambar yang diambil menunjukkan seorang pelajar lelaki dan beberapa ekor kerbau ini juga telah tersenarai dalam 20 gambar terbaik dunia dirakamkan pada tahun 2017.

Bukan sahaja mampu memberi inspirasi malah setiap gambar memiliki makna tersirat dan mesej yang ingin disampaikan oleh jurugambar itu sendiri. Malah setiap foto-foto ini telah berjaya menzahirkan maksud mendalam hubungan antara seorang remaja lelaki dan kerbaunya. Beliau juga berasa kagum akan hasil gambar tersebut.

Gambar tersebut menunjukkan seorang remaja iaitu Mohd Syukur Khamis yang berusia 14 tahun berasal dari Terengganu. Aksi manja remaja tersebut bersama kerbau seringkali ditangkap oleh jurugambar.

Keunikan gambar yang diambil oleh Nazri Sulaiman ini juga berjaya memenangi anugerah di Image of Asia 2018 bagi kategori Street/People Photographer of The Year Asian Geographic dan anugerah Remarkable Award di Siena International Photography Award 2018.

Tahniah buat anak Malaysia berjaya membanggakan nama Negara.