Google Gabungkan Kesemua Fungsi ‘Travel Planning’ Dalam Aplikasi Terbaru Mereka, Trips

May 15, 2019 - 12:17 PM


Berita baik buat semua kaki travel yang suka merancang perjalanan dengan teliti atau tak suka rujuk banyak-banyak website. Google sekarang ni tengah gabungkan kesemua produk berkaitan travel yang dimiliki oleh diorang dalam satu website yang dipanggil Trips.

Sekarang, kalau korang layari google.com/travel, korang akan jumpa Trips ni yang mana dia membolehkan kita sebagai pengguna untuk merancang perjalanan dan trip kita dengan memasukkan nama destinasi sahaja.

Selepas itu, ia akan tunjukkan semua benda melibatkan destinasi tersebut. Terbahagi kepada 5 ‘tab’ ia akan memberikan semua maklumat berkenaan trip yang bakal kita rancang tersebut. Secara tak langsung, ia menjadi ‘one-stop-centre’ untuk merancang perjalanan dan percutian. Ini termasuklah untuk menempah penerbangan dan hotel.

Di bahagian ‘explore’, Google akan mengumpulkan segala yang menarik berkenaan destinasi yang bakal kita tuju tersebut. Selain itu, akan ada juga artikel dan video berkaitan travel ke destinasi tersebut yang diberikan sekiranya kita nak lakukan ‘research’ lebih lanjut.

Bahagian flights pula akan memaparkan perbandingan harga syarikat-syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan ke destinasi. Untuk fungsi ini, kita akan di’direct’ ke laman web berkenaan untuk tujuan penempahan.

Untuk bahagian hotel, sama seperti aplikasi atau website yang membandingkan harga hotel, ia akan memaparkan kesemua hotel yang ada di destinasi serta review terkini sesebuah hotel berkenaan.

Last sekali, ada bahagian packages. Ini yang paling best sebab Google siap padankan hotel dengan penerbangan kita dan rangkumkan untuk dijadikan pakej. Cuma, pembelian tiket penerbangan dan hotel akan dihalakan ke laman web yang berkenaan.

Bukan takat itu!

Ha, yang fungsi atas tu pada kami biasa sahaja. Laman web lain pun ada. Cuma, kalau korang dah buat tempahan, tak kiralah melalui aplikasi google trips atau lain-lain aplikasi, menggunakan Trips ni, dia boleh sediakan maklumat macam itinerary, kod pengesahan penerbangan, malah segala info berkenaan trip kita akan dimasukkan sekali.

Kami cuba fungsi ini tadi untuk versi desktop, nah… Rupanya segala trip yang kita pernah search mahupun pergi dan beli tiket flight, dah dimasukkan sekali. Misal kata, haritu pernah gi Cambodia, dia boleh tunjukkan flight nombor berapa, dan sebagainya. Kalau ada maklumat hotel yang kita tempah, dia boleh bagitahu dekat situ.

Untuk trip atas ni, sebab aku tak book hotel, so dia tak ada info. Aku try trip aku ke Bali yang mana aku beli tiket flight dan ada tempah airbnb. Dan... Hasilnya...

 

Itu korang boleh expand lagi tau, boleh tengok flight sampai Bali pukul berapa, alamat airbnb tu, email confirmation dan sebagainya. 

Kalau korang nak tahu, dia tersedia untuk mobile jugak. Jadi, cubalah download dan gunakan untuk plan trip korang lepas ni. Yang bestnya, lepas korang rancang percutian korang tu, korang boleh download ke dalam telefon dan gunakan secara offline. 

p/s : Pada aku, Trips ni sangat-sangat-sangat berguna. Lepas ni nak guna Trips je plan itenery travel! ! !