GoPro Hero 8 Black – Ini Maklumat Yang Dah Bocor Setakat Ini

GAYA HIDUP
August 20, 2019 - 06:06 PM


Model terbaru GoPro iaitu GoPro Hero 8 dikhabarkan bakal berada di pasaran pada September ini. Menurut sumber dan maklumat – maklumat yang telah bocor di internet sekarang, GoPro sedia untuk ‘melawan’ DJI Osmo Action dengan model terbaru mereka nanti iaitu Hero 8 Black.

Setakat ini, ada beberapa khabar angin yang tersebar tentang rupa, spesifikasi dan beberapa lagi maklumat tentang kamera aksi daripada GoPro ni.

Khabar angin yang bermula dari China ini mengatakan GoPro Hero 8 nanti bakal membolehkan pengguna untuk merakam video 4K pada 120fps.

Credit : Photo Rumours

Katanya, rekaan GoPro 8 nanti juga akan berlainan dengan beberapa aksesori seperti gambar yang telah bocor iaitu microphone, lampu LED dan skrin luaran selain pemprosesan yang telah dinaiktaraf GP2 yang akan membolehkan GoPro 8 merakam video berkualiti 4K pada 120fos atau FullHD pada 480fps.

Credit : Photo Rumours
Credit : Photo Rumours

Dari segi harga, dijangkakan ianya akan sama atau lebih murah berbanding DJI Osmo Action yang katanya pesaing utama kepada GoPro Hero 7 Black sekarang ini.

p/s : Kami akan terus update kalau ada info baru tentang GoPro Hero 8 ni ye!