GSC Bakal Perkenal ScreenX, Tonton Wayang Tak Akan Sama Lagi Selepas Ini!

GAYA HIDUP
December 14, 2018 - 03:10 PM


Berita baik buat kaki wayang diluar sana! Kalau korang rasa dah muak tengok wayang, awal 2019 nanti, jangkakan pengalaman yang sangat berbeza. Kalau sebelum ini, wayang 3D membuatkan seolah-olah filem tersebut ‘hidup’ kini teknologi terbaru akan diperkenalkan iaitu ScreenX!

Golden Screen Cinemas (GSC) baru-baru ini telah memetrai satu perjanjian kerjasama bersama CJ 4DPLEX Korea Selatan untuk membawa masuk ScreenX di Malaysia.

Apa Kelebihan ScreenX?

ScreenX memiliki skrin panorama dan paparannya adalah 270 darjah! Ini bermakna penonton akan dapat merasai satu pengalaman yang berbesa ketika menonton wayang. Dijangkakan akan dibawa masuk awal tahun 2019, GSC One Utama dipilih sebagai lokasi pelancaran.

Kalau nak diikutkan, ScreenX ini adalah teknologi teater pelbagai guna yang pertama di dunia dan ia membolehkan penonton melangkaui binkai skrin tradisional dalam panggung wayang.

Ini bermakna, imej yang dipaparkan di skrin utama kini akan dikembangkan menggunakan sistem proprietary dan dipaparkan pada bahagian kiri dan kanan.

Ini secara tak langsung memberikan pengalaman seolah-olah berada dalam satu-satu filem. Nak gambarkan susah, tengok ajelah video pengenalan ni…

Ini pulak contoh Movie Bohemian Rhapsody kalau ditayangkan di ScreenX, memang feeling macam dalam konsert weh!