Hafizh Syahrin Bakal Ke MotoGP, Uji Jentera Pasukan Monster Yamaha Di Buriram!

February 06, 2018 - 03:16 PM


Pelumba Moto 2 negara Hafizh Syahrin bakal diberi kepercayaan oleh pasukan baharunya iaitu Monster Yamaha Tech3 untuk menguji jentera YZR-M1 Yamaha di sesi ujian rasmi MotoGp di Buriram, Thailand.

Setelah empat tahun beraksi di kategori Moto2, Hafizh dikatakan telah bersedia untuk memulakan langkahnya ke kelas baru.

Melalui 3 hari sesi ujian rasmi tersebut, pasukan Monster Yamaha Tech3 akan menilai prestasi pelumba negara ini bagi menentukan hala tuju pasukan berkenaan pada musim 2018 nanti.

“Saya berterima kasih kepada Herve Poncharal atas peluang yang diberikan kepada saya dan sudah tentu terima kasih juga kepada seluruh pasukan”’kata Hafizh di laman web rasmi MotoGP.

Tambah beliau, peluang ini adalah impian menjadi kenyataan kepada dirinya kerana memang sudah lama beliau impikan untuk menunggang jentera MotoGP. Mengakui yang beliau agak teruja, beliau juga berharap dapat menunjukan prestasi terbaik.

Menurut Herve Poncharal, beliau sangat berbesar hati untuk mempunyai Hafizh Syahrin bersama pasukannya untuk ujian di Buriram. Walaupun hanya mempunyai tiga hari untuk menilai Hafizh, beliau yakin yang Hafizh akan berikan yang terbaik.

Tambahnya lagi, “untuk mempunyai seorang penunggang muda lebih bermakna bagi pasukan itu daripada mempunyai penunggang yang sudah lama ditubuhkan”.

Jika Hafizh lulus penilaiannya ini, maka kita akan menyaksikan Hafiz digandingkan dengan Johan Zarco.

Sesi ujian di Buriram akan bermula pada 16 Februari ini, sama-sama kita nantikan aksi Hafizh Syahrin ni nanti… Come on EL PESCAO! 

 

Sumber :  Website | MotoGP™