Hilangkan Perut Buncit Dengan 6 Cara Ini, Buat Selalu Confirm Jadi

GAYA HIDUP
January 18, 2018 - 04:31 PM


Walaupun ada sesetengah berpendapat perut buncit itu seksi, tapi ada juga yang jadi tidak yakin pada diri sendiri apabila berperut buncit. Lagi-lagi kalau kawan-kawan jenis kuat ‘bahan’.

Sekiranya korang ada masalah perut buncit dan inginkan perubahan, cuba lakukan cara-cara yang terbukti secara saintifik untuk mengurangkan buncit anda tu.

 

#1. Elak Beberapa Jenis Sayur

Kebiasaannya, pakar-pakar nutrisi menasihatkan untuk mengambil sayur sebagai sumber nutrient yang terbaik untuk tubuh badan. Namun, ada sesetengah sayur-sayuran boleh menyebabkan perut anda menjadi buncit. Antara yang perlu dielakkan adalah bawang putih, jagung, brokoli, kubis bunga, bayam dan cendawan butang.

 

#2. Lemon

Lemon merupakan diuretik semula jadi. Mulai hari ini, sentiasalah minum air lemon untuk mempercepatkan proses detox dan juga kempiskan perut.

 

#3. Makan Pisang

Pisang merupakan salah satu buah yang mempunyai kandungan potassium yang tinggi. Walaupun sering dikatakan boleh menyebabkan mengantuk, pisang mampu bertindak sebagai keseimbangan cecair bagi mengurangkan perut buncit anda tu.

 

#4. Kunyah Makanan Secara Perlahan

Kunyahan yang perlahan sebenarnya memberi masa untuk perut menghantar isyarat ke otak. Selain makanan tidak dihancurkan dengan betul, perut anda juga akan dipenuhi dengan gas jika makan terlalu cepat.

 

#5. Rajin Makan Tembikai Susu, Nanas dan Betik!

Selain lemon, tiga jenis buah-buahan ini juga mempunyai kandungan yang boleh melawan pengekalan air dalam badan. Selain itu, nanas dan betik dapat membantu pencernaan dan memecahkan protein.

 

#6. Berhenti Minum Air Berais

Walaupun anda tidak boleh kurus jika berhenti minum ais, tetapi ia boleh mengempiskan perut. Minuman berais boleh melambatkan proses pencernaan.

Jadi mulai hari ini, kurang-kurangkanlah minuman berais ye. Dan cuba konsisten lakukan 6 perkara ini, confirm boleh hilang perut yang ‘maju ke depan’ tu…

 

Sumber : Maskulin