HYOLYN 1st World Tour [TRUE] 2019 Bakal Singgah Ke Kuala Lumpur 28 Jun Nanti

May 15, 2019 - 03:21 PM


Kalau sebut nama Hyolyn, pasti ramai yang tertanya-tanya siapakah gerangan gadis korea ini.

Kalau korang ingat, Hyolyn ni dulu merupakan salah seorang ahli kumpulan Sistar yang telah dibubarkan pada tahun 2017.

Hyolyn, tiga dari kiri. 

Kini bergerak secara solo, Hyolyn bakal ke Malaysia pada 28 Jun nanti dalam satu siri konsert jelajah yang dinamakan 2019 HYOLIN 1st World Tour [True] In Kuala Lumpur.

Konsert solo Hyolyn ini dianjurkan bersama oleh WeMedia dan Soul9sProduction.

Bakal berlangsung di Dewan Wawasan, Menara PGRM Cheras, Hyolyn akan membawakan lebih daripada 16 buah lagu dan menjanjikan pengalaman yang tidak akan dilupakan kepada peminat-peminatnya di Malaysia.

Khabarnya Hyolyn telah melancarkan beberapa buah single sebelum ini dan akan membawakan kesemuanya dalam konsert tersebut.

Tiket konsert telah mula dijual sejak 24 April, 2019 dan menurut info yang kami terima inilah 'layout' konsert berkenaan bersama harga  ;

Untuk maklumat lanjut, boleh ke WeMediaMy. Tiket boleh dibeli juga di www.buytickets.com.my atau hubungi 03-22800363 untuk sebarang pertanyaan mengenai jualan tiket.