Idea Bijak,Kia Perkenal Lampu Dalaman Kenderaan Untuk Kawal Emosi Pemandu

GAYA HIDUP
March 30, 2018 - 11:19 AM


Disebabkan terlalu banyak kes buli di jalan raya, dan keadaan trafik yang ternyata memberikan tekanan kepada pemandu, sesuatu perlu dilakukan supaya pemandu-pemandu lebih tenang dan ‘behave’ di jalan raya.

 

 

Sebuah syarikat yang terkenal dengan sistem pemadanan warna yang sering digunakan dalam pelbagai industri iaitu Pantone telah menjalinkan kerjasama dengan Kia. Menerusi model terbaru Kia K900, kereta sedan tersebut dilengkapi dengan hiasan dalaman pelbagai warna.

 

 

Pemilik boleh memilih daripada 7 warna lampu yang tersedia bersesuaian dengan mood pemanduan. Warna lembut yang dihasilkan oleh lampu berkenaan dikatakan dapat mengawal emosi pemandu.

 

 

Selain itu, pemandu boleh juga padankan warna, tona serta kecerahan lampu dalaman tersebut mengikut waktu dan juga tujuan pemanduan. Sama ada untuk travel, ke tempat kerja dan sebagainya.

 

 

Secara tak langsung, ia boleh dipadankan dengan emosi dan juga perasaan sesiapa sahaja yang berada di dalam kenderaan tersebut.

 

 

Diharapkan projek dua syarikat ini menjadi pencetus kepada pengeluar-pengeluar kenderaan lain untuk mempunyai dan memasang lampu ‘mood’ yang sama pada kenderaan keluaran mereka. Kalau betul ia mampu mengawal mood pemandu, apa salahnya ye tak?

 

Credit Video : The Pantone Color Institute x The New Kia K900 from Pantone on Vimeo.