Inilah Jam Paling Mahal Di Dunia Buat Masa ini…

GAYA HIDUP
October 30, 2017 - 04:31 PM


Jam tangan merupakan satu pelengkap dalam kehidupan kita seharian. Tidak dapat dinafikan, jam tangan juga merupakan aksesori untuk menunjukkan status.

Bagi lelaki, jam tangan merupakan satu aksesori yang amat penting bagi melengkapkan gaya mereka setiap hari. Tidak hairan kalau mereka mempunyai lebih daripada seutas jam hanya untuk memadankan dengan pakaian mereka.

Bagi peminat jam tangan Rolex, mereka semestinya menghabiskan ribuan ringgit bagi memiliknya kerana kita semua tahu, jam Rolex bukan jam biasa-biasa. Kalau nampak sesiapa yang ada Rolex, kita tahu bahawa beliau daripada golongan bangsawan gitu.. 

Pada 26 Oktober lalu, sebuah jam tangan milik actor Holywwod, Paul Newman telah dibida dalam satu acara lelongan dengan harga USD 17.8 juta iaitu bersamaan dengan RM 76 juta!

Selain ianya kepunyaan seorang aktor yang sangat berpengaruh pada zaman dahulu, dikatakan jam ini adalah salah satu seumpamanya di dunia.Dibuka dengan harga USD 1 juta pada awal bidaan, namun ditawarkan 10 juta USD kemudiannnya. Dan akhirnya bidaan yang tertinggi diterima adalah 17.8 juta USD.

 

Begitu berharga jam ini kepada collector Rolex bukan? Anda boleh saksikan sesi bidaan serta penerangan daripada beberapa pakar menceritakan kenapa jam tersebut sanggup dibeli pada harga yang diletakkan.