Instagram Perkenalkan IGTV Yang Mana Fungsinya Lebih Kurang Macam YouTube

GAYA HIDUP
June 21, 2018 - 12:50 PM


Instagram dah perkenalkan fungsi baru iaitu IGTV guys, yang mana fungsinya lebih kurang macam YouTube, kecuali video dalam format vertical.

Setiap akaun Instagram boleh ada channel sendiri dan video yang dimuat naik pula boleh mencapai satu jam durasinya. Makin banyaklah instafamous muncul kat IGTV lepas ni. Harap yang muncul lepas ni bukan spesis Instafamous sampah macam Faiz Roslan. 

Instagram hari ini secara rasminya mengumumkan fokus mereka terhadap video melalui hab khusus yang turut ditawarkan sebagai sebuah aplikasi berasingan, dinamakan IGTV.

IGTV memfokuskan kepada penawaran kandungan video yang berdurasi lebih lama sehingga sejam lamanya. Ia boleh diakses melalui tab Explore pada aplikasi Instagram sedia ada. Selain daripada itu, Instagram juga akan menawarkan sebuah aplikasi khusus IGTV yang memudahkan pengguna menonton pelbagai video melaluinya. Menggunakan aplikasi sama juga, pengguna boleh memuat-naik kandungan video sehingga sejam menggunakannya.

Wow ni agak menarik dah mungkin juga boleh habiskan lebih banyak data mobile anda. Lepas ni boleh lah tengok movie dekat IGTV dah. 

Instagram mengatakan IGTV adalah seumpama televisyen – dimana video akan dimainkan secara automatik apabila anda membuka aplikasi berkenaan, selain setiap rakan atau profil yang anda ikuti adalah seumpama saluran televisyen. Seperti di Instagram, pengguna boleh meninggalkan komen, Like dan sebagainya.

IGTV ini akan diperkenalkan secara berperingkat untuk semua di Android dan iOS dalam minggu-minggu akan datang.

Makin canggih!