iPhone Akan Guna Kabel USB-C Seperti Android Tak Lama Lagi

GAYA HIDUP
January 16, 2019 - 12:30 PM


“Eh, pinjam cable kau jap. Nak cas phone”

“Oh, android ke? Sorry aku iPhone”

Lebih kurang macam tu lah situasi yang selalu kita hadapi bila tertinggal kabel telefon bimbit. Selain kapasiti bateri yang ‘cepat makan’, pengguna iPhone sering menghadapi situasi sukar tiap kali nak pinjam atau gunakan kabel pengecas orang lain.

Bukan nak kata pengguna iPhone ni sombong, tapi disebabkan kepalanya tak sama dengan kebanyakan telefon android menyebabkan pengguna iPhone ni, kena sentiasa sediakan kabel sendiri. Baik kalau lepak dekat mamak, mahupun kalau pulang ke kampung.

Selepas ini, pengguna iPhone tak perlu risaukan keadaan itu lagi sebab ada satu laporan yang mengatakan Apple bakal buat perubahan yang drastic pada produk kabel pengecasan mereka.

Sekian lama ‘menghentam’ pengguna Android, Apple dikhabarkan akan menggunakan kabel USB-C. Kabel yang sama digunakan oleh pengguna Adroid tak lama lagi.

Jika perubahan ni jadi, nampaknya jenis kabel pengecasa untuk pengguna iPhone akan datang akan betukar. USB-C adalah jenis yang banyak digunakan oleh model-model telefon Android dan komputer riba.

Walaupun begitu, hanya sesetengah model sahaja menggunakan kabel pengecas jenic USB-C ni. Antaranya; Samsung Galaxy S9, Google Pixel 3, Razer Phone 2 dan OnePlus 6.

Rasanya, Apple dah mula buat kajian penggunaan kabel jenis C ni sebab iPad Pro yang baru ni memang dah gunakan kabel USB-C. Mungkin, Apple nak galakkan pembelian banyak lagi produk daripada diorang tanpa pening kepala nak dapatkan banhyak jenis kabel pengecasan selepas ni.