Jangan Buat 5 Perkara Ini Semasa "Order" Air di Starbuck

GAYA HIDUP
July 26, 2018 - 04:50 PM


Percaya atau tidak sebenarnya ramai yang masih lagi tidak tahu cara untuk membuat pesanan di kaunter Starbuck. Ada juga yang tidak pernah ke starbuck kerana tidak tahu cara order kat sana.

Sebenarnya cara order di starbuck sama sahaja macam order tempat lain. Mungkin kebanyakkan mereka beranggapan starbuck hanya tempat orang kaya. Tapi secara fakta harga coffee di starbuck memang mahal pun. Bagi mereka yang obses dengan coffee harga bukan penghalang. Sebulan sekali cukup dah.

Kali ini bukan cara-cara order air di starbuck kami ingin kongsikan, tetapi kami ingin kongsikan 5 perkara yang anda tidak patut buat semasa membuat pesanan air di kaunter starbuck!

1. Nak saiz apa?

Selalu sangat jadi macam ni. Order air je tapi tak bagitau nak saiz cawan apa. Bukan apa, kalau korang sendirilah, seronok ke kalau setiap kali pelanggan datang, setiap kali tu jugalah kita kena tanya, Nak saiz apa? Kalau korang bagitau siap-siap, kan senang!

2. Saya nak ais!

Semua jenis minuman Espresso di Starbucks adalah panas. Jadi kalau korang nak minuman berais, sila minta awal-awal. Jangan bila dah separuh jalan, baru nak mintak ais. Kalau korang tak bagitahu Barista, macam mana diorang nak tahu kan? Sama juga kalau korang tak nak whip ke dan sebagainya. Beritahu awal-awal!

3. Saya nak Java Chip Frappe!

Yang ni korang mesti selalu buat kan? Admin pun sama. Hihi. Frappe ni sebenarnya minuman di McDonald. Kalau korang order Java Chip Frappe jangan tanya kenapa Barista buat muka. So kalau nak juga sila order java chip frappuccino.

4. Iced Caramel Macchiato?

Sebenarnya, macchiato tak sepatutnya diminum bersama-sama dengan ais. Macchiato adalah susu yang terikat bersama-sama espresso, di mana ia akan melahirkan rasa kopi yang kuat dan akhirnya mencair bersama-sama susu. 

Jadi, kalau korang minum dengan ais dan menggunakan straw, cara minuman air ni dah jadi salah! Air ini perlu diminum daripada bahagian atas. Lagi geram bila tengok ada yang mengacau air ini sehingga kandungannya bercampur.

5. Order sambil main Phone

Nak order tu bukan ambil masa 5 jam pun. Boleh je kan stop hadap phone tu sekejap. Tak mati pun. Luangkan sedikit masa dengan barista untuk mereka ambil order anda dengan betol. Lagipun communicate sambil hadap phone nampak sangat kurang ajar.

Ok cukuplah 5 ni. Kalau nak pergi starbuck jangan buat ya. Sekarang ni dengar cerita Starbuck sedang buat promosi 30% diskaun.