Jom Tengok Gambar Terpilih Untuk Anugerah Fotografi iPhone 2019

GAYA HIDUP
July 29, 2019 - 05:02 PM


IPPAWARDS atau panjangnya iPhone Photography Awards telah masuk penganjuran ke-12 pada tahun ini. Anugerah atau pertandingan yang diadakan untuk pengguna iPhone pada edisi 2019 ini telah disertai oleh ramai pengguna iPhone lebih daripada 140 negara.

Gambar Pemenang IPPAWARDS 2018, Jashim Salam dari Bangladesh

Untuk tahun ini, pemenang utama dimenangi oleh Gabriella Cigliano dari Italy, diikuti oleh Diogo Lage dari Portugal, Yuliya Ibraeva dari Russia dan terakhir Peng Hao dari China.

Sebanyak 18 kategori telah dipertandingkan dan anugerah IPPA ini diberikan kepada 3 pemenang dalam setiap kategori yang menerima penyertaan daripada banyak negara termasuk Australia, Bahrain, Brazil, Canada, China, India, Italy, Jepun dan banyak lagi.

Gambar pemenang kategori 'Nature' 2018 diambil menggunakan iPhone 7 Plus oleh Peng Ju Tang

Kalau nak tahu, IPPAWARDS ni merupakan pertandingan fotografi pertama iPhone sejak ianya diperkenalkan pada 2017.

Jom kita tengok gambar – gambar yang memenangi pertandingan ini :

#1. Pemenang Utama : Grand Prize Winner, Photographer of the Year - Gabriella Cigliano - iPhone X

 

#2. Pemenang Pertama - Diogo Lage - iPhone SE

 

#3. Pemenang Ke-2, Yuliya Ibraeva - iPhone 7 Plus

 

#4. Pemenang tempat ke-3, Peng Hao - iPhone X

Untuk yang berminat untuk sertai pertandingan ini untuk edisi ke-13, tarikh tutup adalah 31 Mac 2020 dan boleh baca syarat dan maklumat lanjut di IPPAWARS 2020.

Nak jugak tengok anak Malaysia menang pertandingan - pertandingan macam ni... 

Sumber : Web | IPPAWARDS