Kasih Seorang Ayah, Gendong Anaknya Yang Berjaya Khatam Al-Quran
GAYA HIDUPVideo yang memaparkan seorang bapa menggendong anaknya selepas khatam kitab suci al-Quran menjadi tular dalam media sosial.
Video itu dikongsi Achmad Khoirudin menerusi aplikasi TikTok dan mendapat pelbagai reaksi yang kebanyakannya terharu dengan layanan si bapa terhadap anaknya.
@achru97 #alquran #tahfidz #surga ♬ Bil-qurani Saamdhi - SHOLAWAT MUSIC PRO
“Video itu dirakam pada 17 Jun lalu selepas seorang remaja lelaki yang dikenali sebagai Yasin berjaya menghafaz al-Quran selepas mengikuti program tahfiz di sekolahnya.
“Selepas berjaya menamatkan program itu, bapa remaja itu berasa sangat bangga dengan pencapaian anaknya sehingga dia menggendong anaknya sambil berteriak mengucapkan syukur,” katanya seperti yang dilapor Tribunnews.
Dalam pada itu, pengguna media sosial yang lain turut terharu dengan aksi dua beranak tersebut.
Seorang daripadanya menulis ‘tiada apa yang lebih menggembirakan ibu dan ayah selain melihat kejayaan anak mereka’.