Kena Bayar RM890 Gunting Rambut di Pavillion KL, Lelaki Ini Terus Larikan Diri Terkejut Harga Melampau

GAYA HIDUP
November 20, 2023 - 01:12 PM


“Budak ni dah scam my niece. Dia buat rambut di salon Miko Galere, Pavillion (My niece hairstylist) sampai RM890 lepas tu lari tak bayar. Report polis dah dibuat di IPD Dang Wangi (Boleh baca kronologi). Screenshoot text message, CCTV footage video, your social media account, workplace, phone no, tempat tinggal semua kami dah dapat.

“Kepada sesiapa yang kenal mamat ni, mintak dia pi balik salon yang dia buat rambut haritu bayar that amount dan buat video permohonan maaf. Tak pasal-pasal orang lain kena tanggung kos kau buat rambut. nak bergaya tapi menipu. Kalau sengkek pegi potong kat mamak aje lah. Tak berkat pun kau lari dah la buat rambut. Tuhan nak balas kejap je. Karma is real,” tulis Eddy.

Kes ini kemudiannya tular di media sosial dengan kebanyakan orang mempersoalkan harga dandanan rambut yang dikenakan. Sebahagian lagi menyatakan bahawa disebabkan harga tinggi, lelaki tersebut melarikan diri.

“Gunting rambut apa yang berharga RM800? Jiwa B40 saya mempersoalkan perkara ini. Lain kali tanya harga dengan jelas sebelum dapat servis,” ulas Faiz.

“Sudah tentu, dia melarikan diri; dia pasti terkejut melihat bil yang begitu tinggi. Dia mungkin menyangka ia hanya sekitar RM200,” tambah seorang lagi pengguna, Healer.

Terdahulu seorang pemuda didakwa melarikan diri selepas menerima khidmat gunting rambut dan penggayaan bernilai RM890 di sebuah salun rambut di Pavilion, Bukit Bintang. Kejadian yang berlaku pada 13 Nov itu dikongsikan oleh Eddy Teller di laman Facebooknya.

Difahamkan kes ini juga sudah pun masuk dalam siasatan polis selepas satu laporan polis telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. Selain itu, hantaran di laman sosial media itu juga memuat naik rakaman video dan tangkapan skrin mesej teks antara lelaki dan pemilik salon.