Kesan Lebam Selepas Bangun Tidur Bukan Disebabkan Jin!

GAYA HIDUP
August 16, 2018 - 04:14 PM


Mesti ramai yang pernah kena benda ini kan? Kesan lebam di tubuh badan selepas bangun dari tidur. Bila tengok ada kesan mulalah fikir kena rogol oleh jin lah, kena gigit jin lah, Jin juga disalahkan. 

Bab kata admin kena Jin tu nak rogol kau, baik di rogol Selena Gomez ke, Taylor Swift ke. Kau tu bukan cantik sangat sampai jin nak rogol. 

Ok meh nak bagitau sikit, kesan lebam tu bukan disebabkan Jin ye kawan-kawan. Meh study sikit bair berilmu kepala otak tu.

Lebam adalah tanda merah kebiruan pada kulit disebabkan oleh keluarnya darah dari pembuluh darah ke jaringan kulit.

Penyebabnya adalah cedera, misalnya akibat terpukul atau terjatuh.

Lebam pada kulit tanpa sebab yang jelas kemungkinan disebabkan oleh purpura simplex.

Penyebabnya adalah kerapuhan dinding pembuluh darah sehingga darah dapat merembes keluar jaringan bawah kulit.

Biasanya lebih sering terjadi pada wanita akibat pengaruh hormonal terutama pada saat sekitar siklus menstruasi.

Beberapa faktor pemicu dari purpura simplex antara lain:

  • Kelelahan fisik.
  • Stres psikologis.
  • Usia.
  • Alergi.

Pada purpura simplex, lebam tidak disertai gejala lain seperti bengkak, demam, atau gejala perdarahan pada bahagian tubuh lain. Purpura simplex tidaklah berbahaya, tidak memerlukan rawatan apapun kerana ianya akan hilang dengan sendirinya dalam waktu beberapa hari.


Kalau lebam macam ni memang disebabkan jin, jin bertopengkan manusia.

Namun jika lebam ini terasa sakit, bengkak, demam, maka ini wajib diperhatikan, kerana kemungkinan ini adalah gejala dari :

1. ITP (idiopatik trombositopenia purpura), iaitu penurunan kadar trombosit darah. Trombosit berfungsi untuk mekanisme pembekuan darah, oleh sebab itu bila menurun akan menyebabkan mudah terjadi perdarahan, salah satunya perdarahan dibawah kulit yang menjadi memar. Penyebab pasti dari ITP tidak diketahui, diduga kerana autoimun. 

2. Demam berdarah dengue (DBD). Disertai gejala demam tinggi, pedih ulu hati, mual dan lenguh pada sendi.

3. Hemofilia. Gangguan faktor pembekuan darah. Penyakit ini jarang terjadi. Biasanya juga disertai adanya riwayat luka yang sulit kering  dsb.

4. Gangguan dinding pembuluh darah yang dapat disebabkan oleh berbagai macam sebab seperti autoimun, ubat-ubatan, dan sebagainya.

;