
KL Underground Best Giler - Acara Sihat dan Selamat Untuk Kaki Kereta
GAYA HIDUPSabtu lepas kita orang mendapat jemputan untuk menghadiri acara perhimpunan peminat-peminat kereta. Bernama KL Underground Meet and Greet, acara ni berjaya mengumpul lebih 700 buah kereta pelbagai jenama, model dan tahun pembuatan. Apa yang lebih menarik pemilik kereta mengubahsuai kereta masing-masing mengikut citarasa mereka sendiri.
Kitaorang sampai dalam pukul 2 petang dan sudah tersusun berpuluh-puluh kereta tempatan dalam pelbagai keadaan modifikasi. Tidak lupa juga kereta-kereta berprestasi tinggi dan mewah, antaranya Lamboghini, Porsche, BMW, Mercedes, dan Audi. Koleksi JDM juga tidak ketinggalan, dari Integra Type R, sampailah yang terbaru sekali FK2. Nissan GTR BNR32 hingga GT-R pun ada.
Tetapi ada juga jentera-jentera yang unik. Kami terjumpa Jeep Wrangler TJ berenjin Nissan RB. Lepas tu ada pula Proton Juara berkonsepkan "Camper". Memang kreatif betul mereka ni. Dah cukup kita ronda kitaorang beralih ke trek Gymkana. Terbuka untuk apa jua kereta dan percuma tanpa had. Dari yang bawak Kancil dan Savvy sampailah ke SUV Audi.
Takmau banyak cerita lagi lah... korang jamah lah gambar-gambar yang kami ambil.
Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?
• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour
• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA
• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video