'Lumur Minyak Bawang Putih, Pakai Stoking' - Tips Elak Kulat Air & Kaki Kecut Terendam Banjir

GAYA HIDUP
January 03, 2022 - 03:59 PM


Ketika ini banyak negeri di Malaysia sedang dilanda banjir. Pastinya ramai mangsa banjir dan juga sukarelawan antara yang sering menghadapi masalah terkena kulat air atau kaki kecut kerana terpaksa berendam dalam air banjir berjam-jam lamanya.

Tapi korang tahu tak rupa-rupanya dengan melumur minyak dan pakai stoking sebelum memakai ‘boot’ ketika mahu membersihkan rumah akibat banjir dapat membantu mengelakkan kulat air dan kaki kecut.

Bukan apa bahagian kaki merupakan antara bahagian yang paling sensitif mudah dijangkiti masalah berkenaan.

Jika korang mengalamai masalah sama, mungkin korang boleh mengikuti tips dikongsikan oleh Puan Hayana Darliz ini yang pernah bergelar Kapten dan menjalani latihan tentera di dalam hutan dahulu.

TIPS SEBELUM MEMULAKAN KERJA MEMBERSIH 

Sebelum mulakan kerja membersih, sama ada basah atau tidak -- sila lumurkan kaki dengan minyak. Minyak kelapa boleh, minyak zaitun pun okey. Lepas tu pakai stoking, baru pakai boot.

Kalau tak buat kerja tolak air, kaki akan basah juga sebab berpeluh dalam boot tu. Keadaan lembap gitu banyak bakteria membiak.

Stoking pakai tau. Kalau tak pakai, boleh akibatkan melecet, kaki lebih cepat berpeluh.

Stoking dan minyak zaitun atau minyak kelapa ialah antara barang kalian boleh sumbangkan buat mangsa banjir.

PENGALAMAN DARIPADA 'TRAINING' DALAM HUTAN 

Mana Kak Darliz tau petua ni? Masa training dalam hutan dulu kami pakai spike boot. Selalunya akan basah lah sebab harung sungai, berhujan berpanas.

Lebih seminggu dok peram kaki macam tu. Tahun pertama training memang tak reti lagi. Rosak kaki. Lama nak sembuh.

Lepas dah pandai sikit, kami pun pakai minyak bawang putih. Lumur kat kaki sebelum sarung stoking.

Minyak ni elak kulat air, elak kaki kecut selepas berminggu basah dalam boot. Pakai minyak masak kelapa sawit saja.

CARA BUAT MINYAK BAWANG PUTIH

Cara nak buat minyak bawang putih: Grill atau bakar bawang putih, pastu lenyekkan, bubuh dalam botol yang berisi minyak masak.

Memang kuat bau bawang putih tu. Tapi demi menjaga kesihatan kaki, layankan saja.

Semasa training dalam hutan tu, bila ada masa, buka boot, keringkan kaki dan tabur bedak askar (tak tahulah brand apa nak pakai kalau bedak lain), supaya kaki betul-betul kering.

Kalau nak gerak semula baru sapu buang balik bedak tu, lumur minyak, pakai stoking baru dan sarung semula boot. Jalan.

Jaga tau kulit kaki anda. Kulit kaki siap boleh lekang gitu saja kalau kulit dah kecut sangat.

Kulat air 'toksah' ceritalah. Keluar hutan siaplah merenyam gatal celah-celah jari kaki tu.

Moga bermanfaat. Selamat Mencuba!

Sumber: Hayana Darliz

Destination: