Malu Untuk Berkawan? Rantai Dikuasakan Oleh AI Bakal Jadi Teman Sejati Anda

GAYA HIDUP
August 01, 2024 - 05:34 PM


 

AI merupakan singkatan kepada Artificial Intelligence iaitu kemampuan sesebuah mesin atau komputer untuk memimik tingkah laku serta pemikiran manusia. Teknologi ini telah menjadi satu cabang sains yang mendapat perhatian dan semakin berkembang baik di luar negara mahupun Malaysia 

Baru-baru ini, satu syarikat telah mengeluarkan satu gajet berupa rantai yang dikuasakan oleh AI. Menariknya gajet ini dicipta untuk menjadi teman buat mereka yang kesunyian mahupun malu untuk berkomunikasi dengan orang lain.

Gajet atau rantai yang diberi nama 'Friend' adalah teman digital baharu yang direka untuk menangani pelbagai situasi kehidupan dan sosial. Anda cuma perlu bercakap, ia mendengar – sepanjang masa.

Selepas bercakap dengan rantai tersebut, akan berhenti seketika untuk memproses responnya dan kemudian akan menghantar mesej ke telefon pintar anda. Setakat ini, gajet ini hanya menyokong perisian iOS.

Friend mula dijual pada harga $99 USD, pra-pesanan untuk peranti tanpa langganan ini akan mula dihantar pada suku pertama 2025.

Destination: