Masih Cukupkah Sumber Air Bersih di Malaysia Pada Abad Ke-21?

GAYA HIDUP
October 19, 2018 - 04:06 PM


Selama berpuluhan tahun Malaysia dilimpahi dengan kekayaan sumber air yang tidak terhingga. Di saat negara-negara di benua afrika berdepan dengan kekurangan air yang cukup serius ,rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang cukup selesa menikmati kurniaan tuhan tidak ternilai harganya ini, sehinggalah krisis air 1998 melanda, apabila isi padu air dibeberapa buah empangan terbesar negara menyusut pada tahap terendah disebabkan cuaca panas dan kemarau bahana el nino ketika itu.

Maka berduyun-duyunlah rakyat Malaysia beratur setiap hari menanti lori air menjelma dengan tong-tong air penuh ditangan, maka ramailah jua pihak yang melatah, tidak mungkin bagi negara yang terletak dalam garisan khatulistiwa, menerima purata hujan tahunan antara 2500mm hingga 3000mm mempunyai lebih daripada 150 buah lembagan sungai boleh terjerumus ke kancah kekurangan air.

Maka lebih ramai lagi yang menunding jari menyalahkan antara satu sama lain. Kredibiliti pengurusan air di Malaysia mula untuk dipersoalkan, orang yang selama ini cuma mengerti untuk dapatkan air pulaslah kepala paip di rumah maka keluarlah mencurah air mula tertanya-tanya bagaimanakah air diuruskan. Dari pak menteri sehinggalah pak mat peniaga kedai makan tercari-cari siapakah yang menguruskan sumber air di negara kita.

Oleh itu, pengurusan sumber air yang bersih dengan tulus tersangat penting. Lain pula dengan nasib orang asli yang boleh dikatakan agak sukar untuk mendapatkan sumber air bersih. Pelbagai rintangan terpaksa ditempuhi semata-mata ingin mendapatkan air bersih.

Menurut data diterbit oleh Save the Water, sebuah organisasi bukan berdasarkan keuntungan yang khusus menyelesaikan krisis air dunia menerusi penyelidikan sains air, mendapati bahawa 0.4% air yang ada di bumi dikongsi oleh 7 bilion penduduk dunia. 

Namun begitu, jika pembahagian air tidak dibuat secara telus, ianya akan menjejaskan kepada mereka yang tidak berkemampuan dan mungkin tidak akan menerima bekalan air bersih yang mencukupi. 

Sebab itu banyak di kawasan luar bandar mengalami masalah air (kecuali selangor). Pernah tak kita dengar rumah orang-orang kaya tidak ada air? Tidak kan. Sebab itulah pentingnya pembahagian air bersih secara adil dilaksanakan.

Bagi mengetengahkan keadaan yang membimbangkan ini, Colgate bekerjasama dengan Michael Phelps, perenang Olimpik yang paling banyak dikurniakan pingat dalam sejarah, untuk memperjuangkan nilai-nilai dan amalan terbaik dalam memulihara air.

Sementara itu, di peringkat tempatan, Colgate kembali dengan kempen ‘Save Water’ dan menjalinkan usaha bersama Watsons bagi tahun kedua berturut-turut untuk mendidik dan menyebarkan kesedaran mengenai kepentingan menggunakan air secara cekap.

Dengan matlamat untuk menyediakan solusi air bersih secara mampan kepada komuniti luar bandar, Colgate Malaysia bersama Epic Communities dan Watsons Malaysia mengunjungi Kampung Hulu Tamu di Batang Kali yang didiami oleh kira-kira 60 keluarga orang asli (populasi seramai 300 orang) untuk membantu meringankan isu ini melalui pengubahsuian sistem air suapan graviti yang terletak berhampiran sumber air semulajadi.

Sebelum ini, penduduk kampung bergantung kepada sistem air yang terletak di kawasan tinggi dan sering berhadapan dengan kesukaran gangguan bekalan air seperti paip air yang kerap pecah. Sesetengah penduduk telah membina empangan mini mereka sendiri sebagai rumusan singkat, namun demikian ia merupakan satu kemewahan yang ramai tidak mampu.

Kesukaran itu telah memaksa penduduk kampung terlibat untuk mendapatkan air dari sungai berhampiran tetapi ia satu perjalanan yang boleh menyebabkan bahaya dan kesulitan kepada ramai.

Dengan usaha sama dengan Watsons dan menjalin kerjasama baharu dengan Epic Communities untuk membolehkan akses air bersih supaya ia boleh dinikmati oleh semua, terutamanya komuniti yang kurang bernasib baik seperti mereka yang mendiami Kampung Hulu Tamu.

 

Bersempena dengan inisiatif Colgate bertema ‘Bright Smile, Bright Future’, pasukan yang terlibat turut mengagihkan kit penjagaan mulut kepada kanak-kanak kampung Hulu Tamu dan juga berkongsi pendidikan amalan penjagaan kesihatan mulut baik dari usia muda melalui demonstrasi teknik memberus gigi efektif.

Watsons Malaysia, peneraju utama dan rakan eksklusif kempen Colgate ‘Save Water’, berusaha untuk mendidik rakyat Malaysia berkenaan implikasi usaha memulihara air.

Sebahagian daripada usaha untuk mengalakkan kesedaran terhadap kempen ‘Save Water’ ini, Watsons Malaysia telah menyediakan hadiah utama berupa 2,000 mata keahlian untuk dihadiahi kepada para peminat yang telah berkongsi tip-tip pemuliharaan air dalam kehidupan seharian di laman Facebook mereka berserta dengan hashtag #MySaveWaterTips

 

Memacu kempen ke aras pencapaian yang lebih hebat, usaha mengumpul dana yang telah dijalan oleh Epic Communities berjaya mengumpul dana sebanyak RM54,000 bagi projek berkenaan. Selain daripada memperbaharui sistem air suapan graviti, dana yang terkumpul akan digunakan untuk menganjur pertemuan komuniti, konsultasi pengurusan projek dan juga pengambilan tenaga kerja berkemahiran.

Semoga dengan langkah yang diambil oleh Colgate dan Watson dengan kerjasama Epic Communities berjaya melahirkan masyarakat yang sedar akan kepentingan pengurusan dan sumber air pada masa sekarang. Ya memang kerajaan yang menguruskan sumber air namun kita sebagai rakyat juga harus mula belajar untuk menjimatkan air demi masa depan kita kelak.

Perdebatan tentang isu pengurusan air, kerenah birokrasi yang membelenggu, percanggahan bidang kuasa antara badan kerajaan, sikap masyarakat yang mencemarkan sungai  krisis air dan penyebabnya seakan-akan sudah lali ditelinga kita. Isu ini seakan-akan tidak akan menemui jalan penyelesaian, selagi mana tidak wujud kesedaran masyarakat tentang betapa bernilainya sumber air yang kita miliki dan betapa ia mampu untuk hilang dalam sekelip mata lantaran kedangkalan dan kesombongon manusia dan selagi mana kehendak dan kesungguhan setiap daripada kita untuk megangkat pengurusan air yang lebih lestari tidak ada, percayala h kita akan merasai kemelut krisis air yang tiada belas kasihanya.

-KeN