"Masuk Neraka Bui Pitis Untuk Raih Undi" - Ustaz Azhar Idrus Kata Istikharah Jalan Terbaik

GAYA HIDUP
August 11, 2023 - 04:12 PM


Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri semakin membahang dengan berbaki lagi satu hari untuk kita hadapi hari mendebarkan berikut. Setiap parti dan calon yang bertanding mempunyai manfiesto dan agenda masing-masing untuk meraih undi rakyat.

Tapi ada juga menggunakan taktik yang ramai digunakan kini untuk meraih undi rakyat dengan memberi wang kepada bakal pengundi. Cara ini digunakan daripada dulu hingga kini kerana orang kita tak mengambil berat tentang hukum menerima wang tersebut termasuk dalam jenayah rasuah.

Individu yang memberi dan menerima duit supaya mengundi seseorang calon adalah berdosa dan perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan ajaran Islam.

Penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus menjelaskan perkara itu termasuk dalam kategori rasuah dan idividu yang mengamalkan rasuah tempatnya adalah di dalam api neraka. Semua pihak tidak terkecuali dalam hukuman itu termasuklah wakil rakyat, pemimpin parti politik, perdana menteri ataupun raja-raja.

"Yang tukang bagi pitis (duit) untuk rasuah, yang tukang makan (penerima) rasuah semuanya dalam neraka. Tidak kira siapa agong, sultan, menteri atau wakil rakyat.

"Kalau sesiapa rasuah, dalam api nerakalah tempatnya. Ini bukan ustaz, maulana atau syeikh kata, ini Nabi yang bagitahu" katanya dalam satu sesi ceramah baru-baru ini.

Mengulas lanjut Azhar berkata, cara terbaik sebelum mengundi untuk memilih calon wakil rakyat perlulah di buat solat Istikharah kerana Allah tidak akan menipu kita.

“Nabi kata, apa-apa yang meragukan kamu hendaklah dibuat solat Istikharah bagi memilih pemimpin yang terbaik dan bukannya suka menipu.

“Contoh pemimpin yang baik adalah seperti zaman sahabat Nabi dahulu. Bila susah mereka akan susah bersama-sama, bila akan senang bersama-sama rakyat. Bukan mereka senang, tapi rakyat yang susah. Itu pemimpin zalim,” tegas beliau.

Dalam musim PRN ni macam-macam cerita dan isu yang kita dengar yang menghangatkan lagi pilihan raya kali ini. Lepas satu isu timbul, timbul pula isu baharu yang dibangkitkan lawan masing-masing.

Seronok untuk kita lihat siapa yang bakal menguasai keenam-enam negeri ini dan mentadbir dengan baik setelah mendapat mandat daripada rakyat.

Sama-samalah kita sebagai rakyat yang bertindak sebagai pengundi ni memilih wakil rakyat atau pemimpin yang baik dan kurang mudaratnya. 

Sumber berita : Kosmo!