Menabung Untuk Kahwin Menjelang Akhir 2019

GAYA HIDUP
December 31, 2018 - 05:31 PM


Perkahwinan. Setidak-tidaknya kalau dah sampai seru, mesti ada ibu bapa akan bertanyakan soalan ‘cepu emas’ ini kepada anak-anak. Lebih-lebih lagi kalau ibu bapa dah tahu anak mereka tu dah ada pilihan hatinya.

Kadangkala, bila sebut tang perkahwinan ni, remaja atau anak-anak mesti tertekan, ditambah pulak dengan masalah kewangan mahupun belum bertemu jodoh.

Selain daripada nilai hantaran yang tinggi,faktor rakan-rakan yang mengadakan perkahwinan ‘idaman’ mereka sudah tentulah membuatkan anak atau seseorang itu tercabar. Kalau korang tergolong dalam masalah ini, jangan risau. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.

Ingat, usaha itu penting. Kendian baru kita berdoa dan tawakkal. Dan, tak ada masalah yang tiada penyelesaian. Pasti ada. 

Kalau banyak hutang, ada pelbagai cara nak selesaikan hutang

Kalau salah satu wishlist pada 2019 nanti adalah untuk menamatkan zaman bujang, ini ada tips menyimpan wang untuk hantaran dan perkahwinan korang nanti.

 

#1. Tabung Kahwin

Buat tahun 2019 ni, ketepikan dulu tabung travel. Dahulukan tabung kahwin. Kalau sebelum ini kita tolak tepi RM200 (contoh) setiap bulan untuk travel, apa kata tahun 2019 nanti, duit tersebut korang salurkan untuk tabung kahwin.

Cara ini, kalau lakukan sama-sama dengan pasangan engkorang tu, mesti lebih bersemangat. Ibu bapa tengok pun gembira sebab anak dah mulakan langkah pertama iaitu menyimpan duit untuk kahwin.

 

#2. Pembiayaan Peribadi

Tolong JANGAN buat pinjaman peribadi untuk majlis perkahwinan. Ada antara remaja sekarang, disebabkan masalah kewangan, terus pergi buat pinjaman peribadi, akhirnya, terjerat dengan hutang selepas kahwin nanti.

Itu belum masuk kalau yang dah sedia ada dengan komitment lain macam kereta, motorsikal, sewa rumah, perbelanjaan bulanan dan lain-lain lagi. Kalau boleh, elakkan. Senang cerita, jangan langsung lah.

 

#3. Bajet

Sebelum nak kahwin, perlu ada perancangan rapi. Selain daripada pemilihan tarikh, apa yang lebih mustahak adalah bajet yang anda dan pasangan mampu. Jangan buat majlis grand disebabkan termakan ayat ‘kahwin ni hanya sekali’.

Sikap terlalu nak ikut trend atau ada yang sampai ingin menunjuk inilah menyebabkan ramai terjerat dan akhirnya terlebih bajet. Kendian, mulalah risau. Kena pulak ada bisikan-bisikan jahat, langsung tak jadi kahwin.

Untuk menjimatkan, apa kata korang berbincang supaya boleh gabungkan majlis menjadi satu. Walaupun kebanyakan ibu bapa tak akan setuju, tapi itulah pilihan yang ad ajika bajet kahwin korang tak berapa nak besar.

 

#4. Kerja Lebih Masa

Untuk yang ini, mungkin boleh diguna pakai untuk siapa yang dapat bayaran kalau kerja lebih masa. Kalau korang taka da bayaran untuk OT, tak payahlah buat. Membazir masa dan tenaga. Hujung bulan gaji sama jugak.

Selain kerja lebih masa, korang mungkin boleh fikirkan cara nak buat side income. Mungkin buat Grab, berniaga kecil-kecilan dan sebagainya. Sekurang-kurangnya, boleh menambah duit gaji tu.

 

#5. Bonus

Selain gaji dan duit tepi, duit bonus yang korang akan dapat atau dah dapat tu, masukkan semua dalam tabung kahwin tadi. Jangan usik walaupun seringgit. Dengan ini, senang korang nak kumpul duit untuk kahwin.

Kena pulak ada syarikat yang membayar bonus sehingga 6 bulan missal kata. Cuma, masa dapat bonus tu, janganlah belanja. Simpan. Kalau nak belanja pun, gunakan untuk beli barang hantaran, kan lebih elok.

Tips simpan duit tabung kahwin ni boleh dijadikan panduan, kalau taknak ikut bulat-bulat pun, ikut sikit daripada tips simpan duit untuk kahwin ni pun dah okay.

Apa-apa pun, selamat menabung!