Mulai 1 September, Pekerja Boleh Mohon Untuk 'Work From Home'!

GAYA HIDUP
June 24, 2022 - 04:09 PM


Boleh dikatakan antara berita baik yang tak dijangka! Bermula 1 September 2022 ini, anda akan dibenarkan untuk memohon Aturan Kerja Fleksibel (AKF) kepada majikan masing-masing mengikut pindaan Akta Kerja 1955.

Menurut laporan, Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Awang Hashim, berkata pekerja hanya perlu membuat surat permohonan kepada majikan sama ada memohon perubahan waktu bekerja, hari bekerja ataupun perubahan tempat kerja.

Untuk pengetahuan anda, sejumlah 62% pekerja sepenuh masa di Malaysia pada saat ini dilaporkan lebih menggemari fleksibiliti bekerja berbanding hari kerja yang pendek seperti empat hari seminggu.

Data tersebut dikeluarkan berdasarkan tinjauan oleh Qualtrics – syarikat berpengalaman mengendalikan tinjauan yang dilakukan secara dalam talian.

Malah, jumlah keseluruhan pula menunjukkan pekerja di Asia Tenggara lebih mengutamakan fleksibiliti iaitu sebanyak 60% yang memilih untuk minggu bekerja lebih singkat.

Mengulas lanjut, Awang menjelaskan bahawa keputusan kerajaan dalam AKF bagaimanapun tidak ‘mengikat’ majikan. Ia bergantung juga kepada kesesuaian agensi serta syarikat yang terlibat.

Pihaknya juga bersedia untuk membuat kajian tentang dasar tempoh bekerja empat hari dalam seminggu seperti yang telah dilaksanakan di beberapa buah negara maju di luar sana.

Kajian ini menurutnya adalah sangat penting oleh kerana terdapat majikan yang terkesan dengan faktor produktiviti rendah.

Destination: