Nak Kekal Sihat Di Bulan Ramadan? Ini Waktu Terbaik Untuk Anda Bersenam

GAYA HIDUP
March 21, 2024 - 03:29 PM


Mungkin ramai yang ingat sukar untuk bersenam di bulan puasa. Manakan tidak, sepanjang hari kita berlapar, malam pula pastinya digunakan untuk berehat. Tapi tahukah anda, sebenarnya ada waktu terbaik untuk anda bersenam ketika di bulan Ramadan? 

Cumanya, anda tidak digalakkan untuk melakukan senaman yang terlalu berat kerana keadaan perut kita yang kosong dan tidak banyak tenaga.

Ini dia 3 waktu terbaik untuk anda melakukan senaman semasa di bulan puasa.

1. 30 minit ke satu jam sebelum waktu berbuka puasa

Bagi mereka yang mahu mengeluarkan peluh, anda disarankan melakukan senaman ringan dalam tempoh 30 minit atau satu jam sebelum masuk waktu berbuka.

Ini kerana, lingkungan waktu tersebut tidak terasa terlalu lama untuk menunggu waktu berbuka. Senaman semasa perut kosong ini sedikit sebanyak akan membantu dalam pembakaran lemak anda. Bila tiba waktu berbuka nanti bolehlah anda makan kembali untuk menggantikan tenaga yang sudah hilang. 

2. Bersenam selepas berbuka 

Jika tadi sebelum berbuka, ini pula adalah waktu selepas berbuka puasa. Selepas berbuka puasa, tenaga akan bertambah kerana sudah makan. 

Jadi, bolehlah anda melakukan senaman lebih lama. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti senaman tanpa risau mengenai penat.

Selalunya, selepas mengerjakan waktu solat, ramai yang akan melakukan senaman di taman-taman atau di gym. Ada juga yang berjoging atau berbasikal selepas selesai waktu berbuka.

3. Bersenam selepas bersahur 

Selepas anda bersahur, adalah digalakkan juga untuk anda melakukan senaman ringan. Hal ini kerana badan anda telah menerima tenaga makanan semasa sahur.

Ia adalah waktu terbaik untuk anda mengeluarkan peluh, namun anda perlulah melakukan senaman secara ringan sahaja dan tidak melakukan senaman berat pada waktu ini. Sekurang-kurangnya 10 minit hingga 15 minit sudah memadai.

 

Kredit: Says Seismik

Destination: