Nak Tampil Lebih Bergaya? Ini Ada Beberapa Jenis Topi Yang Anda Boleh Cuba

GAYA HIDUP
January 03, 2018 - 05:34 PM


Tahun baru ini ada terlintas nak ubah penampilan? Kalau ada, anda patut teruskan membaca.

Untuk lelaki, aksesori untuk dikenakan supaya nampak lebih menarik agak terhad. Selain daripada kasut, jam mahupun cermin mata, topi juga adalah salah satu aksesori yang mampu memberikan kelainan pada penampilan kita.

Walaupun ianya sekadar topi, kalau kena dengan cara pengayaan ia mampu membuatkan anda kelihatan lebih menarik dan boleh menarik perhatian orang di sekitar.

 

#1. Beanie

Topi jenis ini antara aksesori tambahan pilihan di Amerika dan Kanada. Walaupun fungsi asalnya, untuk digunakan pada musim sejuk. Kini beanie telah menjadi suatu fesyen kerana topi jenis ini ada pelbagai jenis rekaan dari segi saiz, panjang, material serta warna.

Tips : Kenakan Beanie dengan jaket serta seluar denim. Memang ummmph!

 

#2. Bucket Hat

Walaupun topi jenis ini bukan menjadi penggemar anak muda kerana rekaannya yang sederhana dan ringkas. Kalau salah digayakan, akan nampak macam topi yang sering dipakai oleh golongan nelayan.

Tetapi, jika kena dengan pengayaan,pemilihan warna, ia akan nampak lebih santai dan kasual.

Tips : Kenakan bucket hat dengan bomber jaket dan seluar denim. Menariknya, topi ini boleh dilipat, kalau rasa tak kena, lipat dan masukkan aje dalam poket.

 

#3. Minimal Baseball Cap

Rekaan topi jenis ini memang popular dalam kalangan muda-mudi hari ini. Kebiasaannya topi ini dipakai dalam mana-mana acara sukan. Tetapi hari ini, salah satu benda must-have untuk lelaki mahupun wanita.

Tips : Jangan pakai cap masuk meeting! Hehehe… Kebiasaannya, kita nak simple look, kenakan dengan t-shirt dan jeans.

 

#4. The Panama

Kalau anda nak kelihatan mewah dan klasik, topi ini dalah pilihan yang paling tepat. Pengayaan dan reka bentuk topi ini menjadikan anda seolah-olah daripada golongan bangsawan.

Kebiasaannya, topi jenis Panama ini anda pakai jika anda mahukan penampilan yang lebih gentleman dan perfectionist.

 

Tips : Kalau muka anda lebar, cari topi yang sedikit kecil dan sebaliknya.

 

#5. Flat Cap

Flat Cap atau dikenali sebagai bonnet ini kebiasaannya diperbuat daripada wool, corduroy, kulit, cotton serta linen. Sering dipakai oleh mereka yang gemarkan permainan golf.

Selain mempunyai pelbagai saiz dan rekabentuk, flat cap ini boleh dipakai ke majlis formal sebagai pelengkap gaya.

Tips : Pilih warna topi kena dengan baju. Kalau nak kelihatan lebih kasual, padankan dengan seluar chinos.

 

Sumber : Maskulin