Netflix Bakal Naikkan 18% Harga Langganan Bulanan

GAYA HIDUP
January 16, 2019 - 05:03 PM


Netflix makin mendapat perhatian di kalangan masyarakat sekarang. Disebabkan permintaan yang makin tinggi dan perlu memberi kualiti yang bagus sekali lagi pihak Netflix bakal naikkan harga bulanan kepada pelanggannya. 

Jika sebelum ini pengguna hanya perlu membayar RM45.23 sebulan untuk Pelan Standard namun kini pengguna perlu membayar sebanyak RM53.46 sebulan untuk pelan tersebut manakala definisi ‘Basic Plan’ akan meningkat dari RM32.88 sehingga RM36.99 dan Pelan Premium pula dari RM57.57 ke RM65.80 pada kali ini.

Namun, bagi pelanggan sedia ada buat masa sekarang pihak Netflix masih lagi mengekalkan harga sedia ada dan kenaikan harga ini akan dikuatkuasa sekurang-kurangnya tiga bulan lagi bagi pelanngan sebelum ini.

Berita baik buat pelanggan di Malaysia, kenaikan ini cuma dikenakan buat pelanggan Netflix di Amerika Syarikat. Kenaikan harga ini dikatakan akan mempengaruhi keseluruhan 40 platform pasaran di Amerika Latin sepanjang bulan yang akan datang. Pelanggan di Malaysia? Kita tunggu dan lihat sama ada pelanggan Netflix di Malaysia akan turut terkesan dengan kenaikan ini.