Oppo F9 – Hadir Dengan VOOC, Warna Menarik, Harga RM1,399

GAYA HIDUP
August 20, 2018 - 03:09 PM


Minggu lalu, Oppo Malaysia telah melancarkan telefon pintar dan juga merupakan generasi ke-6 dalam F – Series. Seperti kebiasaan, F-Series pada OPPO ni kita semua tahu, telefon ini memfokuskan kepada selfie.

Namun, penambahbaikan kepada F9 adalah dari segi pengecasan VOOC yang membolehlan peranti ini dicas 4 kali lebih cepat berbanding telefon lain. Menurut tagline mereka, pengecasan 5 minit, bercakap 2 jam.

Dari segi spesifikasi, Oppo F9 dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.3 inci, pemprosesan P60, RAM 6 GB dan penstoran sebesar 64 GB.

Camera depan dilengkapkan dengan kamera 25MP yang mempunyai HDR-Sensor. Ini menjanjikan selfie yang lebih on-point selain dari AI Beauty Technology. Camera belakang pula, 16MP + 2 MP. 

Oppo F9 boleh didapatkan di mana-mana pengedar sah Oppo di seluruh negara seawal 30 OGOS 2018, dengan harga RM1,399. Ada 3pilihan warna semuanya untuk F9, iaitu Sunshine Red, Twilight Blue dan Starry Purple, namun untuk peringkat awal, hanya Red dan Blue boleh didapati.

Manakala Starry Purple akan berada di pasaran pada akhir September atau awal Oktober.

Sementara itu, bagi korang yang berminat, sebenarnya pra-tempahan dah boleh dilakukan sebabnya pra-tempah ni dibuka bermula 16 Ogos lepas, hari yang sama telefon ini dilancarkan di Malaysia.

Untuk pra-tempah, boleh ke mana-mana laman terkemuka seperti Lazada, 11street, Shoppe, SenHeng dan juga SenQ.

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video