Pemakaian Mask Dalam Bangunan Tidak Lagi Wajib!
GAYA HIDUPPemakaian pelitup muka di tempat tertutup tidak lagi diwajibkan berkuat kuasa serta-merta, umum Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira situasi Covid-19 yang bertambah baik ketika ini.
“Berdasarkan penilaian situasi semasa Covid-19 serta mengambil kira keperluan semasa, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa pemakaian di kawasan tertutup kini atas pilihan.
“Walau bagaimanapun pemilik premis boleh menentukan sama ada pengunjung wajib memakai atau boleh memilih untuk memakai pelitup muka,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Namun, ada beberapa situasi masih diwajibkan iaitu individu bergejala, apabila menaiki pengangkutan awam termasuk e-hailing, kapal terbang, bas kerja dan van sekolah.
Begitu juga semasa fasiliti kesihatan seperti hospital, klinik, rumah penjagaan, pusat hemodialisis dan setara dengannya.
“Kementerian Kesihatan amat menggalakkan supaya pemakaian pelitup muka terus diamalkan terutama berada kawasan ramai orang sesak seperti pasar malam, stadium, pusat beli-belah dan rumah ibadat untuk solat jemaah,” katanya.