Perkara Ini Akan Terjadi Pada Anda Jika Anda Berhenti Merokok Hari Ini...

GAYA HIDUP
January 02, 2018 - 03:51 PM


Berhenti merokok, perkara yang mudah disebut tapi sukar nak laksanakan.

Sekiranya anda berazam untuk berhenti merokok hari ini, tahniah. Teruskan pembacaan anda untuk ketahui apa yang anda akan hadapi. Jangan bimbang, ianya normal.

 

Ketahuilah, ini yang akan berlaku terhadap diri anda sekiranya anda berhenti hari ini.

 

Selepas 8 jam

Kesan kehilangan nikotin dalam badan mulai terasa selepas jam ke 8. Apabila nikotin keluar daripada saluran darah secara sepenuhnya, keinginan untuk kembali merokok akan memuncak. Waktu ini, anda kena cekalkan diri. Elakkan berjumpa atau bergaul dengan kawan-kawan perokok anda kalau betul anda bertekad nak berhenti.

Hari Pertama

Selepas satu hari, inilah waktu puncak dan stress akan datang kepada anda. Waktu ini juga kehilangan nikotin akan memberikan kesan terhadap diri anda. Masa ini anda akan ‘rindukan’ rasa nikotin. Tapi, anda kena kuat.

 

Hari Ke Dua – Tiga

Makanan dan selera anda akan bertambah baik. Deria rasa dan bau akan kembali pulih disebabkan pada hari ke-2 dan 3, tiada kandungan nikotin akan berada dalam badan.

 

Minggu Pertama

Tahniah kalau anda berjaya mengharungi minggu pertama anda tanpa nikotin. Ini bermakna, anda telah melepasi tahap paling teruk. Walaubagaimanpun, anda akan mengalami batuk disebabkan paru-paru anda bertindak untuk membersihkan diri mereka sebersih mungkin.

 

Minggu Ke Dua

Peredaran darah terutamanya ke gusi dan gigi anda akan kembali seperti orang yang tidak merokok. Pada waktu ini juga, tisu-tisu yang rosak akibat penyakit gusi akan kembali pulih.

 

Bulan Pertama

Jika anda berjaya harungi sebulan tanpa rokok, simtom seperti insomnia, depresi, marah serta kebimbangan juga akan berkurangan.

 

Bulan Kedua

Risiko kena serangan jantung akan berkurangan. Paru-paru juga akan berfungsi dengan lebih baik.

 

Bulan Ketiga

Memasuki bulan ke-3, kesemua batuk disebabkan asap rokok yang ada dalam paru-paru akan berhenti. Aktiviti bersukan atau senaman akan rasa lebih mudah mulai saat ini.

 

Bulan ke Enam

Kantung udara pada paru-paru kembali tumbuh dan dibaikpulih daripada kesan merokok. Walaupun ia tidak akan sesihat orang yang tidak merokok, tetapi ia akan lebih baik daripada sebelumnya.

 

Tahun Pertama

Risiko bekas perokok tegar untuk mendapat serangan jantung, sakit jangung serta strok akan berkurang sebanyak 50% pada tahap ini.

 

Tahun Ke Lima

Risiko menghidap diabetes adalah sama dengan bukan perokok. Cuma kena jaga pemakanan.

 

Tahun ke Sepuluh dan Seterusnya

Risiko mengalami strok adalah sama seperti bukan perokok. Risiko kematian disebabkan kanser paru-paru juga akan berkurangan berbanding para perokok.

 

Nasihat kami, sekiranya anda ingin berhenti, dapatkan nasihat pada Doktor anda. Sekiranya anda tak mampu berhenti terus, kurangkan. Sehinggalah anda tidak rasa nak merokok lagi.

Semoga berjaya.

 

Sumber : LadBible