Produk ‘A Cat Thing’ Direka Khas Untuk Kucing, Sesuai Dengan Persekitaran Rumah Moden

GAYA HIDUP
February 21, 2018 - 03:38 PM


Produk direka oleh pasangan arkitek ini pada awalnya adalah untuk kucing-kucing kesayangan mereka pada tahun 2016. Setelah beberapa siri kajian tentang produk berkaitan dengan kucing, mereka hadir dengan idea ‘ A Cat Thing’.

Sistem modular yang diperkenalkan oleh mereka membolehkan pemilik untuk mempunyai pelbagai rekabentuk tanpa batasan. Selain mengetengahkan idea kreatif dan stylish, ternyata sistem mereka ini sangat bersesuaian dengan gaya hidup dalam dunia moden masa kini.

Berpangkalan di Taiwan, siri pertama keluaran mereka adalah koleksi ‘room’ dimana pereka ini mahu membantu semua pemilik kucing untuk menghasilkan ruang permainan yang lebih menarik walaupun dalam keadaan rumah yang kecil.

Disebabkan pereka sistem rumah kucing ini adalah pasangan arkitek, mereka mendapat inspirasi daripada bangunan yang telah siap dan juga Lego! Menerusi koleksi ‘room’ ini, pemilik boleh membina tempat untuk melompat, berehat, menyorok dan merangkak dari satu ruang ke satu ruang yang lain.

Produk mereka terdiri daripada empat modul yang berasaskan ruang seperti, bilik, ruang tamu, balkoni dan juga ramp. Kesemua binaan ini boleh dicantumkan, ditindih dan juga diperbesarkan, tanpa had.

Modul mereka ini membolehkan kebebasan yang lengkap dan mewujudkan pelbagai jenis bangunan mikro dan sudah tentu ianya akan membuatkan ‘si bulus’ anda gembira!

Oh iya, kesemua produk direka menggunakan bahan yang tidak bertoksik dan selamat untuk kucing anda selain ianya juga boleh dikitar semula dan tahan lasak. Untuk pakej beginner, ianya dijual pada harga NT$1,380 (RM 185).

 

Sumber : Website | A Cat Thing

Nak info lebih lanjut tentang One Piece ‘The Great Era of Piracy?

• Tekan link untuk tiket Promo Early Bird One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk Artikel Penuh One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour

• Tekan link untuk GIVEAWAY 20 Tiket One Piece ‘The Great Era of Piracy’ Asia Tour PERCUMA

• Dah bergambar dengan Giant Luffy? Ini 5 Lokasi Jelajah Giant Luffy! Tekan link untuk video